Memiliki rumah tangga yang aman dan bahagai menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak.
Buku ini didedikasikan khas buat suami serta isteri yang bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya, namun gelora dan badai yang datang tanpa diduga tidak mampu diharungi tanpa kekuatan mental dan fizikal daripada suami dan isteri. Wahai suami… kamu adalah pelindung utama buat isteri. Wahai isteri… kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami. Suami dan isteri adalah gabungan dua insan yang bersatu dengan akad yang suci.
Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini dapat membuka mata suami dan isteri supaya menghargai pasangan masing-masing yang sanggup susah dan senang bersama buat sekian lamanya.
"Mujurlah Amani membesar dengan ayah dia, sebab itu dia boleh berjaya. Kalau kau yang besarkan dia Zahrah, dah tentulah jadi macam Dian ni, gelap masa depan!"
Hamburan kata-kata itu membuat Dian nekad untuk mengeluarkan dirinya dan mama daripada penghinaan manusia. Dia percaya nilai dirinya hanya akan dihargai dan disanjungi tatkala dia meraih status sosial yang tinggi dimata orang lain.
"...kau tahu kan sebenarnya, yang kau akan jumpa aku dekat sini."
Hidup Dian menjadi huru-hara tatkala dia dihantui oleh bayangan seorang budak berhoodie. Dia juga tanpa sengaja telah membuka semula kunci kepada taman temanya yang telah lama dibiarkan sepi. Kemunculan Ana, teman lamanya juga menambahkan lagi kekalutan dalam jiwa Dian yang menyangka Ana telah lama hilang.
"Taman ini wujud untuk membantu kau, Dia. Bukan untuk menghukum."