Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Pemuliharaan & Pemeliharaan Warisan di Malaysia #(L41)

RM49.00
Price in points: 49 points
Weight: 0.40 kg
9789838614726
2 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6.5" x 9.5"
ISBN-13: 9789838614726
Tarikh Terbit: 2011
Jumlah Muka Surat: 217
===========================
 
"Tidak dapat dinafikan bahawa mana-mana bangsa atau negara sekalipun di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah ini pula sebahagiannya ditinggalkan untuk generasi akan datang dalam bentuk warisan. Boleh dikatakan bahawa semua bangsa dan negara di dunia mempunyai warisan tersendiri; dan warisan inilah yang menjadi salah satu bukti kukuh tentang sesuatu bangsa atau negara berkenaan. Penyataan ini menjadi salah satu alasan kepada perlunya warisan berkenaan dijaga, iaitu salah satu aspek penjagaannya ialah melalui pemuliharaan dan pemeliharaan. Selain itu, warisan itu dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang dengan menjadi salah satu produk pelancongan dan subjek kajian ilmu. Oleh sebab aspek pemuliharaan dan pemeliharaan warisan menjadi salah satu aspek penting penjagaan warisan, maka bidang ini perlulah diberikan tumpuan yang khusus. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan yang khusus dan menjadi salah satu bidang tugas utama agensi atau pihak tertentu, tetapi juga perlulah difahami dan dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuk pemaju hartanah, kontraktor, badan bukan kerajaan, tuan tanah, ahli-ahli profesional yang berkaitan dan juga orang ramai secara umumnya. Hal ini kerana jika sesuatu warisan tertentu hilang atau musnah, ia tidak lagi dapat diganti untuk selama-lamanya. Salah satu instrumen yang dikira berkesan dalam mencapai hasrat menjaga warisan dalam aspek pemuliharaan dan pemeliharaan adalah melalui peruntukan undangundang bertulis. Nasib tinggalan warisan di Malaysia lebih baik kerana kerajaan telah mewujudkan undang-undang khas tentang hal tersebut, iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005, di samping kewujudan beberapa akta lain yang turut membantu menjayakan hasrat penjagaan (termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan) warisan. Buku ini membincangkan perkara-perkara di atas dengan mengemukakan empat kajian kes di empat lokasi (dalam tiga negeri) yang merangkumi aspek pengurusan, undangundang, konflik, usaha-usaha yang dijalankan dan aspek-aspek lain seumpamanya yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sejarah."

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI