Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Anugerah Sastera Negara Dalam Kesusasteraan Melayu Moden # (L42)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.29 kg
9789670627908
8 pieces
+
Add to wish list

Setelah lebih dari 30 tahun menilai karya para sasterawan negara dengan menggunakan pendekatan “common sense” yang tidak berasaskan mana-mana teori sastera secara khusus, analisis dan penilaian Panel Anugerah Sastera Negara sudah jauh ketinggalan zaman, sudah menjadi klise dalam kritikan sastera di Malaysia.

Apakah yang telah mereka capai melalui laporan mereka? Pada umumnya Laporan Panel Anugerah Sastera Negara menggambarkan dengan tepat sekali kesimpulan Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas betapa keliru dan cetek meraba-raba pendapat para penilai yang tidak mempunyai tunjang ilmiah yang kukuh dalam kebudayaan Barat, jauh sekali dalam peradaban Islam, malah dalam kebudayaan mereka sendiri.

Kesimpulan ini tidak mungkin dicabar oleh mereka, kerana persiapan untuk mencabarnya memakan masa dan kesungguhan ilmiah yang tidak ada pada mereka. Paling baik yang dapat mereka lakukan, jika mereka mahu (tetapi tentulah mereka tidak mahu mendedahkan kekeliruan dan kecetekan mereka secara terbuka), ialah dengan membuat penafian bahawa segala kritikan terhadap mereka diasaskan pada silap dan salah faham dan tiadanya pengetahuan mendalam dalam teori dan kaedah penilaian sastera yang mereka gunakan.

Jika mereka mengambil pendirian ini, maka mereka akan lebih terdedah kepada sikap mereka yang terlalu kebaratan dan hanya boleh berbicara tentang sastera dalam konteks yang kebaratan itu. Tanpa teori dan kaedah Barat, mereka akan menjadi bisu dan tidak boleh berbicara apa-apa tentang sastera dan penilaian serta kritikan sastera.

Buku ini merupakan kumpulan tulisan terpilih khusus membincangkan secara kritis tentang Anugerah Sastera Negara. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian: bahagian 1 membincangkan khusus tentang Panel Anugerah Sastera Negara. Persoalan yang mendasari bahagian ini adalah sejauh mana peranan Panel Anugerah Sastera Negara dalam menentukan pemilihan seorang sasterawan negara termasuklah kayu ukur yang digunakan Panel Anugerah Sastera Negara. Bahagian 2 tentang implikasi kewujudan Anugerah Sastera Negara iaitu kemunculan barisan sasterawan negara yang terpilih oleh Panel Anugerah Sastera Negara. Bahagian 3 tentang cadangan-cadangan pengarang untuk memperbaiki kritikan kesusasteraan Melayu.

Penerbit:
Pelita Dhihin
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
169 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI