Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Jodoh Daripada Dia #(Q1)

RM29.90
Price in points: 30 points
Weight: 0.55 kg
9789671724477
2 pieces
+
Add to wish list
Harris Danial bertekad untuk menambat kembali hati Nur Indah, isterinya yang dikahwini lima tahun lalu dan ditinggalkan selepas bersama untuk tempoh satu malam. Berpisah tanpa perlu ada rasa tanggungjawab yang perlu dipikul kedua-duanya. Itulah yang berlaku antara mereka. Mereka melakukan eksperimen bodoh hanya mahu merasai kenikmatan seperti orang lain lakukan tetapi dengan cara lebih berhemah. Akad dan nikah. Ijab dan kabul. namun eksperimen bodoh itulah akhirnya menjerat Harris Danial ke dunia penyesalan. Siapa sangka kuasa Allah mengatasi segalanya. Hanya untuk satu malam tapi mengubah segalanya. Namun kala itu dia sudah pergi jauh dari sisi Nur Indah tanpa mengetahui gadis yang dinikahi untuk satu malam itu melahirkan zuriatnya. Selepas lima tahun dia mendapat tahu Nur Indah hamilkan anaknya. Dosa dirasakan kian menghimpitnya. Pertemuan tidak disangka dengan Nur Indah di Cherating membuatkan dia bersemangat untuk memikat kembali Nur Indah. Dia mahu mengembalikan status isteri disandang Nur Indah yang dinafikan haknya oleh dirinya selama ini. "Jangan panggil saya sayang. Saya bukan sayang awak, Encik Harris Danial. Awak tak kenal saya, say pun tak pernah kenal awak. Jadi, jangan sewenang-wenangnya panggil saya macam tu, sebab panggilan sayang tu khusus untuk suami saya." - NUR INDAH "Hish apa pulak. Abang akad sayang jadi isteri abang lima tahun lalu. Abang tidak pernah lafazkan talak. In juga tidak pernah ke pejabat agama minta fasakh. Jadi In masih lagi isteri abang," - HARRIS DANIAL Bagaimana akhirnya kisah Harris Danial dan Nur Indah. Segalanya terjawab dalam Jodoh Daripada Dia..
Penerbit:
Karya Publika
Tahun Diterbitkan:
2019
Halaman:
Hitam Putih

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI