================================
Format: Paperback
Berat: 0.610 kg
ISBN: 978-967-411-407-7
Tarikh Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 521
Penulis: Zig Ziglar
================================
SARI RANSANG
“Hidup ini umpama roda, adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah,”
Ini adalah pepatah yang dipegang oleh ramai individu sejak zaman-berzaman. Namun adakah mustahil untuk kita berada di atas dan kekal di atas? Jika tidak, bagaimana caranya?
Menerusi See You At The Top, Zig Ziglar menggariskan beberapa perkara utama dalam memastikan kita terus mencapai tahap tertinggi dalam apa jua aspek kehidupan iaitu:
-
Imej Diri: Peningkatan imej = Peningkatan pencapaian.
-
Hubungan Dengan Insan Lain: Sentiasa mencari kebaikan dalam diri orang lain.
-
Matlamat Diri: Setiap individu perlukan sekurang-kurangnya satu matlamat hidup.
-
Sikap: Respons secara positif, biarpun dalam situasi negatif.
-
Usaha: Kebanyakan individu yang berjaya sukakan kerja mereka.
-
Kemahuan: Individu yang berjaya sentiasa punya kemahuan.
Panduan sudah ada di depan mata. Apa lagi alasan kita untuk tidak membina kehidupan yang lebih baik dan sukses?
==========================================
ISI KANDUNGAN
SEGMEN 1
CARA HIDUP YANG 'LEBIH'
KINI TIBA MASANYA
SEGMEN 2
SI PENCURI
PUNCA IMEJ DIRI YANG LEMAH
PETANDA IMEJ DIRI YANG LEMAH
15 LANGKAH KE ARAH IMEJ DIRI YANG SIHAT
SEGMEN 3
TANGGAPAN KITA TERHADAP INSAN LAIN
BAIK ATAUPUN BURAUK, KITA YANG SEBARKANNYA
INSAN LAIN YANG PENTING
SEGMEN 4
ADAKAH MATLAMAT BENAR-BENAR DIPERLUKAN?
CIRI-CIRI MATLAMAT
MENETAPKAN MATLAMAT DIRI
MENCAPAI MATLAMAT CIRI
SEGMEN 5
ADAKAH SIKAP YANG BETUL ITU PENTING?
MENGINSURANSKAN SIKAP
LANGKAH KEEMPAT- MENYUAP MINDA SENDIRI
TABIAT DAN SIKAP
HENTIKAN TABIAT BURUK, MULAKAN YANG BAIK
MINDA SEPARA SEDAR
SEGMEN 6
ORANG YANG BERUSAHA ADALAH PEMENANGNYA
BERSEDIA
PENYEBUAN, PENGEPAMAN DAN BARULAH PENGHASILAN
SEGMEN 7
DARIPADA BIASA KEPADA LUAR BIASA
KEJAHILAN YANG BIJAK
DAVID AND GOLIATH
AMERIKA YANG INDAH
=================================
ULASAN
Secara umumnya, Zig Ziglar didalam buku beliau "See You At The Top" menunjukkan cara - cara bagaimana seseorang itu mampu menjadi juara dan berada dikemuncak kehidupan. Dengan mengikuti garis panduan yang di sediakan didalam buku ini disebalik penceritaab - penceritaan yang berkaitan, para pembaca pasti akan tertarik kerana buku ini bukanlah manual seperti buku - buku yang banyak sedia ada dipasaran yang tujuannya untuk membaiki sesuatu.
Terdapat satu bahagian yang menarik berdasarkan sudut pandang pengulas sendiri ialah bahagian yang membincangkan tentang matlamat hidup. Oleh kerana perkara ini amat berkaitan dengan pengulas kerana pengulas sekarang ini pun terumbang ambing tanpa hala tuju yang jelas, penulisan Zig Ziglar ini dapat membuka suatu sudut yang baru dalam pandangan pengulas iaitu betapa pentingnya matlamat itu dalam kehidupan manusia.
Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan dan mesti dimiliki oleh individu-individu yang meraskan diri mereka selalu ditakuk yang paling bawah didalam sesuatu kelompok atau masyarakat. Buku ini boleh dijadikan oleh individu tersebut sebagai pandu arah untuk menjadi insan yang berjaya.
Dengan menterjemahkan buku yang asal kepada disi Bahasa Melayu adalah suatu inisiatif yang terbaik baik masyarakat di Malaysia khususnya yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Dengan usaha ini lebih ramai lagi manusia boleh menggapai impian mereka asalkan mereka berusaha sebaik, sekuat dan sebijak mungkin.
-sumber: H2413