Siapa Kami?

Bookcafe.com.my adalah kedai buku online yang menawarkan ribuan tajuk buku terbaik dalam Bahasa Melayu.



Kami memberikan diskaun berganda, penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia serta servis yang cekap & mesra untuk membantu para pelanggan.

Hadiah buku & kejutan istimewa juga sentiasa disediakan untuk pelanggan setia kami.

Bookcafe.com.my dimiliki oleh PTS Bookcafe Sdn Bhd (924422-P) dan merupakan anak syarikat PTS Media Group Sdn Bhd © 2012 (510952-X).

Kami beroperasi di alamat berikut:

PTS Bookcafe Sdn Bhd
No. 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA.

 

TAWARAN ISTIMEWA

1. Diskaun Berganda

2. Penghantaran Percuma

3. Hadiah Buku

4. Hadiah Eksklusif

 

JAMINAN KAMI

1. Buku Sampai Terus ke Rumah

2. Buku Rosak Diganti Percuma

3. Servis yang Cekap & Mesra

 

Sedia berkhidmat untuk anda.

 

Team Bookcafe siap sedia untuk gempur #MYCYBERSALE (26 - 30 September 2016)

 

Siap sedia untuk PESTA BUKU ONLINE #cyberBOOKFAIR 2016.

 

Fuh... Huru-hara sebentar semasa promosi #MYCYBERSALE 2015. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan semua pelanggan Bookcafe.

 

Suasana di Bookcafe semasa Pesta Buku Online 2015. Banyak yang kami belajar untuk penambahbaikan sepanjang promosi ini.

 

Kedai Buku Online

Bookcafe.com.my telah beroperasi sejak tahun 2007 bertujuan memudahkan pembaca buku untuk mendapatkan buku-buku terbaru dan terbaik yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit buku. Memasuki tahun ke-8 beroperasi (2015), kami mempunyai lebih dari 57,000 pelanggan berdaftar dan ribuan pelawat sehari. 

Bookcafe merupakan kedai buku online yang menggunakan setiap teknologi terkini yang ada dan mengaplikasikannya untuk memudahkan para pelanggan kami membeli buku secara online.

Kami menerima pembayaran melalui pelbagai saluran dengan sistem MOLPAY dan juga menyokong penggunaan Paypal selain dari kaedah konvensional iaitu bank-in secara manual.

Dari segi penghantaran pesanan, Bookcafe menggunakan perkhidmatan POS LAJU untuk memastikan setiap buku kami sampai ke alamat yang ditetapkan pembeli.

Untuk memastikan pesanan kami sampai daam keadaan selamat kepada pembeli, kami menggaplikasikan kaedah pembungkusan yang sangat teliti. Penggunaan air-bubble untuk membungkus buku-buku yang dipesan pelanggan untuk memastikan ianya dapat menyerap sebarang hentakan yang mungkin berlaku dalam proses penghantaran buku.

Cara Pembungkusan

Kami mahu memberikan pengalaman terbaik & kepuasan maksimum kepada para pelanggan yang mencintai ilmu & buku. 

Kami komited memberikan servis yang cekap & mesra untuk membantu para pelanggan mendapatkan buku pilihan masing-masing secara online.

 

KENAPA KAMI

 

Kenapa Beli Buku Online di Bookcafe?

1. Ada pelbagai tawaran diskaun & promosi menarik disediakan.

2. Penghantaran cepat & segera, dengan kos penghantaran yang berpatutan.

3. Ribuan tajuk buku terbaik untuk dipilih.

4. Servis khidmat pelanggan cekap & mesra.

 

Kami akan sentiasa menambah baik kualiti servis kami untuk kepuasan maksimum pada pelanggan.

 

 Testimoni Pelanggan Bookcafe

1. Lihat testimoni pelanggan Bookcafe di Facebook Pages kami. Klik di sini.

Terima kasih atas sokongan semua.

Posted by Bookcafe.com.my on Wednesday, 2 December 2015

 

2. Lihat testimoni pelanggan di website Bookcafe.com.my. Klik di sini.