Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM99.00 more to FREE shipping


Never Give Up: Jack Ma in His Own Words - Edisi Bahasa Melayu (L159,L143)

Rak: L32, Bundle: K116
Harga Asal: RM25.00
RM15.25
ANDA JIMAT: RM9.75 (39%)
Price in points: 16 points
Weight: 0.26 kg
978-967-481-038-2
75 pieces
+
RM99.00 more to FREE shipping
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-481-038-2
Tarikh Terbit: 1 May 2017
Jumlah Muka Surat: 224
===============

Jack Ma adalah pengasas syarikat jualan online Alibaba. Pada tahun 2014 syarikatnya mencatat rekod sebagai tawaran saham awam yang terbesar di dunia.

Jack Ma telah menetapkan matlamat untuk mewujudkan 10 juta perniagaan yang menguntungkan dan 100 juta pekerjaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Beliau menjadi fokus utama ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada bulan Januari lalu, apabila beliau memberitahu CNBC yang Amerika tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri untuk isu-isu ekonomi.

Selepas tamat pengajian, Jack Ma memohon 30 pekerjaan yang berbeza tetapi kesemuanya ditolak mentah-mentah.

 

"Saya pergi untuk kerja dengan pihak polis, mereka berkata, "Kamu tidak layak.”
 
"Saya juga pergi ke KFC apabila ia datang ke bandar saya. Dua puluh empat orang pergi untuk kerja. Dua puluh tiga telah diterima, hanya saya yang ditendang."
 
"Saya juga memohon 10 kali untuk melanjutkan pengajian di Harvard Business School, tetap juga ditolak."
 

Jack Ma dilahirkan dari keluarga miskin di daerah Hangzhou, kawasan Zhejiang, China. Ketika beliau berumur 12 tahun, Jack Ma sudah tertarik untuk belajar bahasa Inggris. Beliau bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah hotel di Danau Hangzhou, sekitar 160 kilometer dari Shanghai. Dari situ, pemikirannya lebih terbuka dibandingkan teman-teman seumurnya.

Sejak Alibaba.com memecah tembok e-dagang dunia sekitar 2014, nama pengasasnya, Jack Ma menjadi sebutan. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah transaksi atas talian Alibaba mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Amazon dan Ebay.

Kisah perjalanan Jack Ma membina jenama Alibaba sehingga bergelar gergasi Asia sememangnya memberi inspirasi.

Buku Never Give Up: Jack Ma in His Own Words Edisi Bahasa Melayu ini menghimpunkan kata-kata dan pandangan beliau dalam setiap aspek kehidupan yang akhirnya memberi kesan dalam setiap kejayaan yang diraih.



ISI KANDUNGAN



DEDIKASI

PENGENALAN

Bab 1 :PERIBADI

Bab 2: PRINSIP PERNIAGAAN

Bab 3: ALIBABA DAN USAHA NIAGA LAIN

Bab 4: KEPIMPINAN

Bab 5: KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

Bab 6: PERSAINGAN

Bab 7: WANG, PELABURAN DAN NILAI

Bab 8: KEUSAHAWANAN DAN INOVASI

Bab 9: PEMASARAN DAN MEDIA

Bab 10: INTERNET, E-DAGANG DAN PERDAGANGAN GLOBAL

Bab 11: ALAM SEKITAR DAN DERMAWAN

Bab 12: PELAJARAN KEHIDUPAN

Bab 13: PERISTIWA PENTING

Bab 14: SUMBER PETIKAN

Bab 15: PENGHARGAAN

Bab 16: MENGENAI EDITOR
Rak:
L32
Bundle:
K116
Buku yang bagus untuk dibaca jika anda mahu tingkatkan produktiviti seharian.

Apa yang diajarkan dalam buku ini ialah mulakan hari kerja kita dengan memakan katak yang paling hodoh dahulu iaitu buat kerja yang susah/berat terlebih dahulu.

Buku ini ada 21 teknik yang boleh anda praktikkan tetapi ada beberapa teknik yang telah saya praktikkan sendiri dalam kehidupan seharian iaitu:
- Teknik Hukum Tiga
- Teknik Perancangan Awal
- Teknik Satu Tong Minyak Bagi 1 Masa

Pendapat saya, belilah buku penterjemahan Bahasa Melayu ini sebab harganya sangat murah berbanding buku Bahasa Inggeris.
Buku ni memang best.
Praktikal dan logik untuk diaplikasi dalam kehidupan.
Makan katak. Katak adalah binatang yang mengelikan dan lansung tidak menyelerakan, bukan? Ia hanyalah satu perumpamaan yang digunakan oleh penulis. Brian Tracy meletakkan katak sebagai simbolik untuk menggambarkan tugas, tanggungjawab dan amanah yang perlu kita selesaikan. Ia sesuatu yang mesti kita telan walaupun ia payah dan menggelikan.

Eat That Frog memberikan jawapan kepada persoalan yang sering kali menghantui diri kita saat terpandang katak itu. Penulis berjaya mengemukakan 21 teknik praktikal yang mudah untuk diaplikasikan bagi membunuh kemalasan dan sikap suka bertangguh yang menghalang diri kita dari menjadi orang yang cemerlang. Brian Tracy juga menegaskan tidak ada yang mustahil untuk kita memakan katak walau sehodoh mana pun ia. Dengan kata lain, secara perumpamaannya kita sememangnya mampu untuk membereskan semua tugas yang perlu kita laksanakan.

Begitu banyak yang perlu kita lakukan dalam waktu yang begitu singkat. Namun, sangat sedikit masa yang kita ada. Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan paling penting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tak teruja mahu menyelesaikannya.

#01. Peraturan pertama memakan katak:

Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu.

• Sekiranya kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting, dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas itu terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

#02. Peraturan kedua memakan katak:

Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidup-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama.

• Selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Daripada 21 cara yang dianjurkan oleh penulis, disenaraikan rumusan yang boleh diambil dari secara ringkas.

1. Set the Table

Hanya 3 peratus daripada orang dewasa mempunyai matlamat yang jelas dan bertulis. Mereka yang berada dalam golongan ini dapat menyelesaikan segala tugasannya 5-10 kali ganda daripada golongan yang tidak peduli dan tidak pernah mengambil masa untuk menulis apa yang mereka mahu. Ada beberapa langkah untuk menyediakan meja anda:
1) Tentukan apa sebenarnya yang kita mahukan : fahamkan apa matlamat dan objektif.
2) Tulis! : Fikirkan pada kertas, bukan dalam minda sahaja.
3) Letakkan deadline : Matlamat tanpa deadline tidak mempunyai sebarang perhatian.
4) Buatkan senarai apa yang perlu anda buat untuk mencapai segala matlamat anda : Senarai akan memberi gambaran visual tentang perkara besar yang anda akan lakukan.
5) Susunkan senarai sehingga menjadi plan: Susun semua senarai anda sehingga menjadi
6) Bertindak Serta-Merta : dalam mencapai kejaan, perlaksanaan adalah anak kuncinya.

2. Plan Every Day In Advance

Pernahkah anda mendengar orang bertanya soalan kuno “Bagaimana anda makan seekor gajah?” Jawapannya ialah secara sedikit-sedikit.

Bagaimana kita makan katak yang paling besar dan hodoh? Lantas, bagaimana pula caranya kita menyelesaikan masalah kita yang besar? Samalah juga jawapannya, dengan membahagikannya secara sedikit-sedikit dengan spesifik dan menyelesaikan satu per satu.

3. Practice Creative Procrastination

Memang masa yang kita ada sekarang selalu tidak mencukupi untuk melakukan sesuatu yang kita suka. Dan semua orang pernah menangguh-nangguhkan kerja. Bezanya antara orang yang berprestasi tinggi dengan orang yang berprestasi rendah ditentukan oleh apa yang mereka pilih untuk ditangguhkan. Pastikan kita mengenalpasti antara prioriti dan posterioriti.

4. Use the ABCDE Method Continually

Berfikir di atas kertas, tulis senarai tugasan yang kita ada. Kemudian labelkan A, B, C, D, E pada setiap perkara dalam senarai itu. Tugas A adalah tugas yang sangat penting dan perlu kita lakukan. Tugas B adalah tugas yang patut kita lakukan. Tugas C pula sesuatu yang mungkin elok dilakukan dan tidak memberikan impak signifikan samada kita melakukan ataupun tidak. Tugas D pula tugas yang dapat diagihkan kepada orang lain. Dan Tugas E pula adalah tugas yang dapat dihapuskan sama sekali bila ia tidak relevan lagi.

5. Focus on Key Result

Hukum kejayaan yang pertama adalah konsentrasi. Tumpukan seluruh tenaga kepada satu matlamat dan terus pergi kepada matlamat itu tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri. Apabila sumber fizikal dan mental difokuskan, kuasa untuk menyelesaikan masalah akan berganda dengan banyaknya.

Daripada 21 bab dalam buku ini, saya hanya kongsikan 5 daripadanya untuk memberi peluang pada anda semua pula untuk turut membacanya. Amat bermanfaat untuk kita. Tapi, apa yang membuatkan saya seronok ialah idea-idea yang dilontar oleh penulis kelihatan sangat biasa-biasa sahaja, tapi boleh dipraktikalkan terus. Bagaimanapun, ia memerlukan istiqomah dan mujahadah yang berterusan.

Selamat membaca.
Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI