Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.
Yasin, Tahlil dan Doa terbitan PTS Islamika ditulis lengkap dengan terjemahan supaya pengamal dapat menghayati makna bacaan ayat al-Quran dan doa sekali gus memahami mesej yang terkandung di dalam amalan ini. Turut dimuatkan panduan-panduan membacanya dan doa yang termasyhur di kalangan umat Islam di Malaysia.