Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OS) Mengetuk Pintu Hati (L143)

Harga Asal: RM12.00
RM4.80
ANDA JIMAT: RM7.20 (60%)
Price in points: 5 points
Weight: 0.17 kg
978-967-411-470-1
10 pieces
+
Add to wish list

Mengetuk Pintu Hati adalah sebuah ‘Buku Latihan’ yang ringan, mudah difahami, dihayati, dan diamalkan bagi menjayakan misi kita ‘Berusaha Menjadi Baik’.

Isinya menarik, ringkas, dan santai di samping penggunaan bahasa yang mudah. Insya Allah, turut menarik minat remaja dan pelajar bagi membacanya. Buku ini memuatkan ketukan-ketukan ringan yang berupa kata-kata untuk diperkatakan kepada diri kita sendiri.

Secara tidak langsung, ketukan-ketukan itu bertindak sebagai ‘penukul’ bagi mengetuk pintu hati kita. Ketuklah berulang-ulang kali sehingga ia terbuka. Apabila terbuka nanti, nikmatilah hasilnya. Perlu diingat, pintu ini boleh tertutup sedikit demi sedikit sekiranya kita tidak berterusan (istiqomah) mengetuknya.

======
REVIEW
======

Pernahkah kita merasakan yang hati tidak tenang walaupun sudah kecapi sesuatu kejayaan? Pernahkah kita berfikir sejenak tentang perkara-perkara baik ataupun buruk mampu memberi pengaruh yang kuat terhadap tindak-tanduk kita pada hari kelak?

Penglihatan yang benar adalah dengan melihat melalui mata hati. Jikalau hati itu sendiri buta dan tidak mampu melawan arus hawa nafsu, bagaimana pula dengan kesan jangka panjang yang akan mempengaruhi kita seumur hidup?

Sesuai dengan judul yang diberikan, naskah ini pasti berjaya mengetuk pintu hati sekaligus membuka ruang iman di dada dan bertapak terus di dalam hati.

Kata-kata aura positif yang dibawa bersama daripada buku ini juga pasti berjaya menyelami perasaan sanubari pembaca yang sudah lama terbelenggu dengan rasa resah dan gelisah.

Tambahan pula, pengisian yang dikongsikan mengajar para pembaca agar sentiasa beranggapan bahawa kehidupan ini sentiasa didatangi dengan pilihan. Maka pilihan itu berada di tangan kita.

 Bak kata pepatah Melayu, ‘Ikut kata hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.’ Memang betul kata-kata orang tua bahawa hati kita memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian seseorang.

Andai kata tersasar jauh dari jalan perjuangan, Allah selalu membuka ruang pintu taubat untuk kembali ke jalan-Nya.

Segala perkongsian dalam buku ini juga memberi panduan kepada para pembaca agar dapat melatih diri sendiri dalam membentuk hati yang bersih dan bebas daripada anasir-anasir yang meruntuhkan jiwa serta minda kita.

Buah tangan oleh Mohd Razali Kamarudin pada kali ini sudah tentu dapat menyelami setiap ruang hati pembaca yang mencari pengisian buat rasa kekosongan di jiwa.

Ayat-ayat positif dan menyuntik semangat yang terkandung di dalam buku Mengetuk Pintu Hati ini sentiasa membuat hati para pembaca tenang tiap kali membaca ke muka seterusnya.

 

Judul: Mengetuk Pintu Hati
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5"
ISBN-13: 978-967-411-470-1
Jumlah Muka Surat : 184
Berat: 170 gram

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI