Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

Warisan Seni Bina Melayu Terengganu (L64)

RM205.00
Price in points: 205 points
Weight: 1.57 kg 
9789671084403
6 pieces
+

Sejarah negeri Terengganu yang panjang mewariskan pelbagai tinggalan yang masih dapat kita lihat dan nikmati sampai ke hari ini. Salah satu daripada sekian banyak khazanah budaya asli negeri Terengganu yang masih utuh dengan nilai keindahannya ialah seni bina bangunan. Seni bina bangunan tradisional Melayu Terengganu adalah sebahagian daripada khazanah seni bina tradisional Melayu Nusantara dan pancaran tamadun mereka. la lahir daripada keluasan dan kedalaman akal budi serta kehalusan daya cipta para tukang mahir yang memanfaatkan bahan-bahan sekeliling mereka bagi tujuan membangunkan tempat kediaman dan sebagainya. la melambangkan identiti dan kehidupan masyarakat Melayu yang bersebat hidupnya dengan alam sekeliling mereka sejak zaman-berzaman. Disebabkan landaan modenisasi, seni bina tradisional semakin terhapus, namun terdapat usaha segolongan pencinta seni bina tradisionai yang gigih mempertahankan Tradisi, dan berusaha mengekal dan mengembangkan warisan dalam bentuk yang sesuai.

Justeru pada hari ini, kira dapat beberapa perkembangan pentng dan menarik. Pertama, usaha untuk mengekalkan bangunan lama serta warisan tradisional dengan membaik pulih dan mengekalkan seni bina tradisional seperti rumah, mlasjid, wakaf, istana dan sebagainya. lni dilakukan oleh pihak berkuasa seperti muzium dan pihak berkuasa warisan atau pihak berkepentingan lainnya. Selain itu, kira juga menyaksikan usaha rnengembangkan seni bina tradisional sama ada menurut pendekatan revivalisme, neo-vernakular ataupun pendekatan metafizikal. Sebagai satu usaha pentng mendokumentasikan seni bina Tradisonal Melayu, buku Seni Bina Tradisional Melayu Terengganu memperihalkan sejarah, jenis, bentuk dan fungsi seni bina Melayu Terengganu di samping menghuraikan upacara keagamaan yang dilaksanakan oleh para tukang di tapak pembinaan apabila mendirikan sesebuah rumah baru agar pemilik dan penghuni rumah mendapat kesejahteraan. Selain itu, ia iuga menunjukkan perkembangan terkini di mana bentuk-bentuk seni bina tradisional, misalnya bentuk bumbung, dipadankan dengan seni bina moden dalam pelbagai bangunan seperti pejabat, hotel, lapangan terbang dan sebagainya.

Buku ini amat berguna bagi orang ramai khususnya para pengkaji, pelajar dan peminat warisan seni bina Melayu dan merupakan sebuah dokumentasi yang amat bernilai mengenai salah satu warisan tamadun Melayu yang kaya-raya itu



Mohd Yusof Abdullah lahir di kampung Surau Putih, Duyung Besar, Kuala Terengganu pada 21 Ogos 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Duyung, kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah Menengah Tengku Bariah dan Maktab Adabi, kesemuanya di Kuala Terengganu. Pada tahun 1978, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Melayu 1981. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di universiti yang sama dan memperolehi ijazah sarjan sastera pada tahun 1997. Beliau bertugas sebagai kurator di Lembaga Muzium Negeri Terengganu pada 1 September 1981 sehingga 1985. Kemudian pada tahun 1986, beliau dilantik sebagai Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu sehingga sekarang. Sebagai pengarah beliau bertanggujawab merancang dan membangunkan Muzium Negeri Terengganu. Selama tempoh perkhidmatanya, beliau banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang sejarah dan budaya negeri Terengganu serta menghasilkan penerbitan. Antara tema kajiannya termasuk budaya warisan tradisional seperti tekstil, bangunan,senjata, perahu, perubatan, permainan dan kesenian negeri. Sehingga kini dua buah buku telah dihasilkan olehnya bersama dengan kakitangan muzium, iaitu Terengganu, Monumen dan Tempat-tempat Bersejarah dan Permainan Tradisional Nageri Terengganu. Beliau juga menghasilkan banyak kertas kerja mengenai Terengganu dari aspek sejarah, budaya dan pelancongan yang dibentangkan di pelbagai seminar peringkat negeri Terengganu dan juga negara.  

Penerbit:
Yayasan Diraja Sultan Mizan
Tahun Diterbitkan:
2012
Format:
Hardcover
Halaman:
Berwarna
Muka Surat:
224 Muka Surat

 

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar SELEPAS 10 AM akan diproses & dihantar pada esok hari, ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). 

Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

7. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI