Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Warisan Sakral Nusantara #

RM41.00
Price in points: 41 points
Weight: 0.37 kg
9789674618421
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Warisan Sakral Nusantara #
ISBN: 9789674618421
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Aiza Maslan @ Baharudin, Wan Hasmah Wan Teh
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 197
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.370kg
Dimensi (cm): 24cm x 16.5cm x 1cm
 
SINOPSIS

Buku ini memberi fokus kepada warisan sakral sama ada yang masih wujud serta diamalkan, mahupun yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat, umumnya di Nusantara. Sakral secara khusus bermaksud suci, mempunyai kuasa khas malah ajaib serta luar biasa, sering dikaitkan dengan hal yang bersifat kudus, transenden, misteri, sempurna dan mempunyai kesan transformatif kepada kehidupan dan takdir masyarakat yang mengamalkan dan menganutinya. Biarpun dunia kini telah semakin maju dan menjunjung tinggi nilai sains dan teknologi dalam kehidupan dan pembangunan negara, hakikatnya masyarakat yang menjadi asas kemajuan itu adalah manusia yang pernah tinggal dan merasai pengalaman sakral yang dilaksanakan dan dipercayai oleh generasi terdahulu. Sakral adalah sebuah pengalaman yang dilalui dan dipelajari secara tidak langsung oleh semua kelompok masyarakat dan wajar untuk dijadikan warisan dan rujukan kepada generasi akan datang tentang konsep “suci” yang pernah menjadi tonggak kepada kebudayaan dan adat istiadat sesebuah masyarakat. Konsep suci ini menyangkut hal-hal yang wajib diterima tanpa bantahan dan diakui benar-benar terjadi tanpa pembuktian dan hanya bersandarkan cerita dan kepercayaan orang tua-tua yang pernah mengalami, mendengar kembali atau mengaitkan amalan tersebut dengan peristiwa dahsyat yang pernah terjadi puluhan tahun malah ribuan tahun sebelumnya.

Buku ini mengumpulkan 11 bab yang memberikan fokus kepada pelbagai aspek warisan sakral yang menarik dan luas sifatnya di Nusantara. Penelitian dibuat sekitar pelbagai isu yang melibatkan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Melayu di Selatan Thailand, Bajau Semporna di Sabah, Dusun di Brunei, Mandailing di Medan, Indonesia, Cina di Pulau Pinang, Malaysia dan Tionghua di Jawa Barat, Indonesia. Buku ini merupakan hasil pendokumentasian ketiga kumpulan tujahan Warisan Sakral dengan pengumpulan data kajian yang menghubungjalinkan para penyelidik dari Malaysia dengan rakan-rakan serantau di Thailand, Brunei dan Indonesia. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan masyarakat tentang warisan sakral Nusantara yang pelbagai rencam, unik serta menarik sifatnya untuk diperhalusi.

Penerbit:
Penerbit USM
Tahun Diterbitkan:
2024
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
197 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI