Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Wahai Kaum Wanita, Delete Dosa Update Hati (BL105,L106)

Harga Asal: RM40.00
RM36.00
ANDA JIMAT: RM4.00 (10%)
Price in points: 36 points
Weight: 0.80 kg
9789673683062
5 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Wahai Kaum Wanita, Delete Dosa Update Hati
ISBN: 9789673683062
Penerbit: Al-Hidayah
Penulis: Syeikh Nada Abu Ahmad
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 647
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.80
Dimensi (cm): 22.4 cm x 14.9 x 2.8 cm 


SINOPSIS

Apabila membicarakan tentang dosa-dosa yang sering dikaitkan dengan wanita, bukan bermakna Islam ini adalah agama yang bersifat diskriminasi terhadap wanita. Dan bukan juga Islam ini merendah-rendahkan martabat dan maruah kaum hawa. Bahkan dalam Agama Islam, martabat kaum wanita begitu tinggi sekali khususnya seorang wanita yang bergelar ‘Ibu’. Keutamaan ibu itu lebih tiga kali ganda daripada seorang bapa. Sekiranya seorang anak dipanggil oleh kedua-dua ibu bapanya, lebih utamakan untuk menyahut panggilan si ibu didahulukan daripada bapanya. Insan yang mesti dihormati dan yang pertama adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempatnya barulah bapa. Begitulah betapa tingginya taraf wanita dalam Islam. Ketaatan seorang wanita adalah kepada suaminya manakala ketaatan seorang lelaki pula adalah ibunya.

Namun apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat semua muslimah yang rindukan syurga dan mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah SWT. Di atas dasar kasih sayang dan cinta terhadap kaum hawa maka disampaikan pesanan itu agar hidup mereka sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Semoga dengan apa yang dinukilkan di dalam buku ini memberikan kita panduan dan rujukan agar kaum hawa khusus mereka yang kita sayangi dan cinta dilimpahi keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan Ilahi.

Lebih-lebih di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini. Kekentalan jiwa dan persiapan ilmu yang  jitu dan mantap amat-amat penting ditagih. Supaya kita tidak hanyut dibawa arus kemodenan dan lemas dalam lautan kecanggihan teknologi yang semakin rakus memamah akidah dan keimanan kita. Semoga dengan keteguhan iman dan jiwa serta ilmu yang mantap itu dapat kita manfaatkan kemodenan dan kecanggihan teknologi tersebut untuk kita meraih lebih banyak pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI