Penulis: Dato Dr. Abdul Basit Abd Rahman
Muka Surat: 296m/s
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.440kg
Dimensi (cm): 23cm x 16cm x 2cm
Dijanjikan syurga, nikmat buat yang sabar, diberi ganjaran pahala berganda dan ditanam kasih sayang dalam hati, merupakan antara khabar gembira daripada Allah SWT buat golongan beriman. Walaupun terpaksa berjalan di atas ‘duri’ dunia, namun disebabkan janji-Nya itu, membuatkan hamba beriman tetap setia dalam keimanan dan kebenaran.
Waabsyiru: Dan Berikanlah Khabar Gembira dihasilkan daripada ayat pilihan dalam al-Quran, kemudian ditadabbur agar pembaca dapat menikmati manfaat dan pengajaran daripadanya. Ayat-ayat terpilih ini menyimpan pesan-pesan kebijaksanaan, keadilan, juga cinta daripada Tuhan, yang ditujukan khas buat hamba beriman.