Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-251-6
Tarikh Terbit: 24 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 328
Kategori: Akidah, Bukan Fiksyen Umum,Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri
Siri:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Buku ini adalah himpunan jawapan penulis kepada soalan-soalan yang diajukan menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum Jabatan Mufti Perlis, email peribadi, dan Facebook. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan itu pula, penulis sentiasa berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih. Juga dengan panduan daripada hasil-hasil penulisan para ulama Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah. Jikalau diperhatikan, kaedah bertanya dan menjawab soalan memiliki kesan yang begitu besar dalam menuntut ilmu. Ilmu itu seperti sebuah menara tinggi yang terserlah, dan ada waktunya kegelapan malam datang melitupi menara itu. Justeru, bersoal jawab itu mengambil peranan lampu yang menyuluh, menerangi menara ilmu yang tinggi, dan menyingkap kesamaran disebabkan sifat tidak tahu. Kerana itu kaedah bersoal jawab ini digunakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Semoga buku ini memberi banyak manfaat kepada umat Islam dalam usaha memahami persoalan-persoalan agama.
Antara perbincangan menarik dalam buku ini adalah:
- Apakah perbezaan antara Mukmin dan Muslim
- Bolehkah kita berkahwin di syurga nanti dengan wanita yang kita cintai di dunia?
- Hukum memberi zakat kepada adik-beradik
- Wajibkah mentaati arahan ibu supaya mentalakkan isteri?
- Bolehkah seorang wanita meletakkan syarat tidak boleh berpoligami kepada bakal suami?
- Hukum membaca dalam hati ketika solat
- Adakah bahagian dagu wanita termasuk aurat?
- Apakah hukum ijazah yang diperoleh hasil daripada meniru dalam peperiksaan?
- Doa melindungi diri daripada kejahatan musuh
- Bagaimanakah cara melindungi rumah daripada gangguan jin dan syaitan?
- Apakah hukum mengatakan "Aku Kafir"
- Hukum memberi salam dengan lafaz 'salam' ataupun 'as-salam' sahaja
- Apakah isteri wajib mentaati suami supaya berhenti kerja
- Apakah hukum berdemonstrasi atau tunjuk perasaan
- Apakah wajib seorang suami memberi bayaran bulanan kepada isteri
- Apakah hukum mengumpat orang bukan Islam
- Apakah hukum jamak solat jumaat dengan solat asar
==============================================
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
BAHAGIAN 1: AKIDAH
HUKUM MENGATAKAN, "AKU KAFIR!"
HUKUM MEMBELI KERETA YANG MEMPUNYAI LAMBANG SALIB SEPERTI CHEVROLET
TALI HITAM RAWAT MUNTAH
SYIAH DAN HADITH GHADIR KHUM
APAKAH PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN MUKMIN
BILAKAH SEORANG MUSLIM DIKIRA SEBAGAI SEORANG MUKMIN
JIKALAU KITA MENDOAKAN SESEORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA, APAKAH DIA TAHU
BACAAN AL-QURAN DAN SEDEKAHKAN PAHALA KEPADA MAYAT
KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG MATI SEBELUM BALIGH
BERAPAKAH UMUR AHLI SYURGA
BOLEHKAH DI SYURGA NANTI KITA BERKAHWIN DENGAN WANITA YANG KITA CINTAI DI DUNIA
KELEBIHAN WANITA YANG KEGUGURAN
BAGAIMANA CARA MELINDUNGI RUMAH DARIPADA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN
PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN
BAHAGIAN 2: KEKELUARGAAN
SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA ISTERI SELEPAS TERBUKTI DIA BERBOHONG
NAFKAH IBUBAPA TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI ATAU ANAK PEREMPUAN
APAKAH KEWAJIBAN SEORANG SUAMI MENANGGUNG BELANJA PERUBATAN UNTUK ISTERI
HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA ADIK-BERADIK
HUKUM SEORANG SUAMI MENGHALANG ISTERI BERHUBUNG DENGAN ADIK-BERADIKNYA
ISTERI YANG MELAKUKAN ZINA, APAKAH TERTALAK DENGAN SUAMINYA
APAKAH NASIB SEORANG AYAH MASIH WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ANAK PEREMPUANNYA YANG BUJANG
APAKAH SEORANG ISTERI MENTAATI ARAHAN SUAMI SUPAYA BERHENTI KERJA
SUAMI LEBIH BERHAK TERHADAP ISTERI BERBANDING DENGAN IBUNYA
HAK MENJAGA ANAK
HUKUM BERSANDING
BOLEHKAH SEORANG WANITA MELETAKKAN SYARAT TIDAK BOLEH BERPOLIGAMI KEPADA BAKAL SUAMI
HUKUM MENGAKU BUJANG, SEDANGKAN SUDAH BERISTERI
HUKUM DUA ORANG ISTERI (MADU) TINGGAL SERUMAH DENGAN SUAMI
DOA ORANG MANDUL MAHU MENDAPATKAN ANAK
APAKAH WAJIB SEORANG SUAMI MEMBERI BAYARAN BULANAN KEPADA ISTERI
APAKAH SEORANG ISTERI WAJIB MENTAATI SUAMI YANG MENGUTAMAKAN ZIARAH AHLI KELUARGANYA BERBANDING DENGAN KELUARGA ISTERI
SUAMI ISTERI : SETARA DAN SAMA RATA
APAKAH WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ADIK PEREMPUAN ATAU KAKAK
SUAMI MELARANG SAYA BANTU IBUBAPA YANG SUSAH DENGAN ALASAN TANGGUNGJAWAB ITU DIATAS BAHU ADIK-BERADIK LELAKI
APAKAH SEORANG ISTERI BOLEH MENGELUARKAN SEDEKAH DARIPADA HARTANYA TANPA KEIZINKAN SUAMI
MEMIKIR BERKENAAN TALAK
APAKAH YANG DILARANG BAGI WANITA HAID
BAHAGIAN 3: IBADAH
HUKUM MEMBACA DALAM HATI KETIKA SOLAT
APAKAH BAHAGIAN BAWAH DAGU WANITA TERMASUK AURAT
BAGAIMANA MAHU MEMEBAYAR HUTANG KEPADA ORANG YANG TIDAK DAPAT DIHUBUNGI
HUKUM MELEBIHKAN BAYARAN HUTANG
APAKAH BENAR KISAH UMAR PERNAH DIMARAHI ISTERINYA
HUKUM TULIS 'INSYA ALLAH'
MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA TASYAHUD
HUKUM MENGGUNAKAN BARANGAN AWAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI
...
HUKUM CUCIAN KERING / DRY CLEAN
TIDAK MAMPU MENUNAIKAN NAZAR
MASBUQ SOLAT JUMAAT
HUKUM AKIKAH BAYI YANG MENINGGAL SELEPAS DILAHIRKAN
LEWAT QADA' PUASA
DOA MELINDUNGI DIRI DARI KEJAHATAN MUSUH
WAKTU AKHIR SOLAT ISYAK
BAHAGIAN 4: HADITH
HADITH BUMI TERLIPAT PADA WAKTU MALAM
HADITH PALSU PERIHAL ROKOK
HADITH RAHSIAKAN PERTUNANGAN DAN UAR-UARKAN PERKAHWINAN
DARJAT HADITH MELIHAT KAABAH ADALAH IBADAH
DARJAT HADITH BERPEGANG PADA SUNNAH MENDAPAT PAHALA SYAHID
ADAKAH KITA PERLU BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T SEDANGKAN DIA SUDAH SEDIA MENGETAHUI KEPERLUAN DAN HAJAT SETIAP HAMBANYA
DARJAT HADITH AS-SAFINAH
HADITH 10 SAHABAT DIJAMIN SYURGA
HADITH LARANGAN BERCAKAP KETIKA AZAN
SIAPAKAH AHLUL BAIT NABI S.A.W
QADIANI DAN HADITH GERHANA BULAN SERENTAK
KEDUDUKAN HADITH MUSALSAL BI AL-MUSAFAHAH
TAMBAH KALIMAH 'KARIM' DALAM DOA MALAM LAILATUL QADAR
HADITH ABDUL RAHMAN BIN AUF MERANGKAK MASUK KE SYURGA TIDAK BENAR
HADITH PALSU BERKENAAN SEBAB PENSYARIATAN SOLAT LIMA WAKTU
BENARKAH KHALID AL-WALID MENANG DALAM PEPERANGAN KERANA MENYELITKAN RAMBUT NABI S.A.W DI DALAM SERBANNYA
APAKAH MADU LEBAH PENYEMBUH KEPADA SEMUA PENYAKIT
BAHAGIAN 5: LAIN-LAIN
FATWA AS-SYEIKH HAMUD BIN UQALA AS-SYUAIBI BERKAITAN BOIKOT BARANGAN MUSUH ISLAM
PEMBELAAN DARIPADA AS-SYEIKH HAMUD BIN UQALA AS-SYUAIBI TERHADAP SAYYID QUTUB
HUKUM BERDOA KEPADA PEMERINTAH
HUKUM SEORANG WANITA YANG MENDERMA DARAH KEPADA BAYI, APAKAH SAMA DENGAN HUKUM SUSUAN
HUKUM MENULIS AYAT AL-QURAN DALAM BENTUK BURUNG DAN SEUMPAMANYA
HUKUM BERDEMONSTRASI ATAU TUNJUK PERASAAN
HUKUM BERDIRI MENDENGAR LAGU KEBANGSAAN
HUKUM MENGAMINKAN DOA RANCANGAN TV DAN RADIO
JEMAAH ISLAM YANG PALING BENAR
APAKAH NABI YUSUF A.S BERKAHWIN DENGAN ZULAIKHA
MOHON PENJELASAN BERKENAAN KUMPULAN AHBASH
PENUTUP
BIBLIOGRAFI
BIODATA PENULIS
==============================================
ULASAN
No posts found