Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan(L34)

Rak: L63
RM100.00
Price in points: 100 points
Weight: 0.80 kg
9789838613415
7 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6.5" x 9.5"
ISBN-13: 9789838613415
Tahun Terbit: 2008
Jumlah Muka Surat: 454
Berat (Kg): 0.8
Penulis: Jelani Harun
===========================
 
Undang-undang adat kesultanan Melayu telah menjadi amalan sejak ratusan tahun dahulu, mengalami perubahan demi perubahan selaras dengan perkembangan masyarakat, sehingga kemunculan dan pengenalan undang-undang dari Barat sekitar awal abad ke-19. Pengarang naskhah undang-undang bukan sahaja seorang ahli perundangan adat, tetapi juga seorang pembesar, sejarawan dan pemikir masyarakat zamannya. Semua nilai ilmu pengetahuan dan pengalaman masyarakat ini perlu dikupas dan diwacanakan semula kepada masyarakat sebagai mengesani sejarah kewujudan dan perkembangan tamadun Melayu pada masa silam. Hasrat ini akan dapat dilaksanakan melalui suatu kajian perbandingan manuskrip undang-undang adat yang terdapat di Malaysia dan Indonesia secara menyeluruh, termasuk koleksi manuskrip yang tersimpan di London dan Leiden. Di samping manuskrip undang-undang, rujukan silang naskhah juga perlu dilakukan terhadap beberapa sumber penulisan undang-undang yang lain seperti sejarah, hikayat, surat dan sebagainya. Melalui kajian sumber naskhah dan interpretasi yang saling kait-mengait ini, suatu rumusan tentang asal usul, pengaruh, peranan dan prinsip keadilan undang-undang adat kesultanan Melayu akan dapat dibentangkan secara konsisten dengan mengambil kira konteks masyarakat dan zaman undang-undang tersebut dilahirkan.
 
Rak:
L63

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI