Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad Ke-19 Milik Ku Din Ku Meh # (L56)

RM48.00
Price in points: 48 points
Weight: 0.43 kg
9789674615710
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: ​Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad Ke-19 Milik Ku Din Ku Meh
ISBN: 9789674615710
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: JELANI HARUN, MAHANI MUSA, IDRIS MANSOR, 'AISYAH KAMARUDDIN
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 264
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.425
Dimensi (cm): 24 x 16 x 3
 
SINOPSIS
 
Buku ini menampilkan kepada pembaca sebuah naskhah perundangan adat negeri Kedah yang diberi judul Undang-Undang Adat Negeri Kedah yang terhasil pada tahun 1893 dan masih belum diterbitkan. Isi kandungannya memerikan pelbagai maklumat penting tentang amalan undang-undang adat kesultanan Kedah pada abad ke-19, dan dalam masa sama mengetengahkan nilai sosiobudaya, ekonomi dan aturan kehidupan seharian masyarakat. Naskhah undang-undang tersebut juga kaya dengan nasihat adab pemerintahan mengikut ajaran Islam, kedudukan wanita, keanekaragaman bahasa dan sebagainya. Berdasarkan hukum-hakam yang tercatat dalam naskhah tersebut, dapat dibuat suatu gambaran tentang permasalahan sosial yang berlaku di Kedah sekitar abad ke-19 hingga pelbagai bentuk undang-undang telah diwujudkan bagi membendung dan mengatasi permasalahan sosial tersebut. Keunikan naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah semakin terserlah melalui identiti pemiliknya, Ku Din Ku Meh yang pernah berkhidmat sebagai Penguasa Penjara di Alor Setar, Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1881 - 1943), dan seterusnya menjadi Gabenor di Setul (Satun). Hal ni memperlihatkan bahawa naskhah perundangan adat masih memainkan peranan dalam sistem perundangan di negeri Kedah pada abad ke-19 bsgi memelihara keharmonian dan keutuhan kerajaan dan negara. Naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah merupakan suatu pencapaian penting bagi sejarah dan ketamadunan hidup serta ketinggian hasil persuratan di negeri Kedah yang perlu diketengahkan kepada masyarakat hari ini.
Penerbit:
Penerbit USM
Tahun Diterbitkan:
2021

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI