Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Travelog Hajah: Kembara Tetamu Allah (OP 12)

RM16.00
Price in points: 16 points
Weight: 0.32 kg
OS
4 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5564-93-2
Tarikh Terbit: 23 May 2011
Jumlah Muka Surat : 272

Berat (kg): 0.32

 

Kembara Tetamu Allah adalah catatan menuju percutian abadi yang sering dinanti oleh setiap umat Islam. Catatan ini bukan sahaja menceritakan pengaIaman dan perkongsian perasaan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima ini, namun diselitkan kisah-kisah sejarah di setiap tempat yang diziarahi buat tauladan umat Islam semua. Menunaikan haji dalam keadaan fizikal yang kurang sihat menjadi penguat semangat dan detik-detik manis yang kekal dirasai penulis sehingga kini.

Allah membentangkan hamparan yang cukup luas lagi indah bagi menyambut kedatangan para tetamunya ke Tanah Suci sehingga perasaan malu tebal dirasi tatkala berada di halaman rumah-Nya.

Pengalaman menunaikan fardu haji tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang sudah

melaksanakan ibadat itu. Aroma haji nyata luar biasa. Ia suatu detik dalam kehidupan

manusia yang pastinya menjadi ingatan seumur hidup. Ingatan ini tentunya bersebab. Mengapa Allah mewajibkannya sekali seumur hidup? Malah mengapa pula ia menjadi Rukun Islam yang kelima?

Pengalaman yang dicatatkan oleh Ezee Rahmani membantu khalayak pembaca bagi merasai nikmat

menunaikan fardu haji selain dapat memotivasikan mereka bagi melakukannya dengan cara terbaik. Pastinya perjalanan suci melalui jalan yang dilalui oleh Nabi Muhammad dan para sahabat awal berbekalkan iman, amal, kasih sayang dan persaudaraan tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang pernah merasainya.

 

********************************************************************************

REVIEW

 

Kembara Tetamu Allah adalah travelog haji yang ditulis oleh seorang wanita. Perkongsian rasa daripada hati yang tulus ikhlas ini diterjemahkan dalam bentuk buku bagi tatapan para pembaca yang akan menunaikan haji di Makkah. Catatan ini membolehkan bakal jemaah terutamanya para hajah dapat menghayati pandangan daripada perspektif wanita dalam mengerjakan haji. Di celah-celah perkongsian rasa dan pengalaman, kisah-kisah sejarah serta sirah kenabian turut diselitkan sebagai teladan buat para pembaca.

Pengalaman yang dikongsikan oleh penulis memberikan motivasi dan panduan kepada kita untuk sama-sama berusaha menjadi tetamu Allah yang terbaik di tanah suci. Penulis adalah seorang isteri, ibu, pekerja, dan orang kurang upaya yang cacat fizikalnya. Menunaikan haji dalam keadaan fizikal yang kurang sempurna adalah satu cabaran yang bukan semua orang mampu mengatasinya.

Keadaan ini tidak melemahkan semangat penulis, malah menjadi pendorong kepadanya untuk melakukan ibadah dengan cara terbaik bagi mengecapi nikmat kemanisan iman dan mendapatkan keredaan Allah. Detik-detik manis sepanjang berada di tanah suci masih kekal dirasai sehingga ini. Aroma haji nyata luar biasa.

Air mata kegembiraan, kerinduan, dan kadang-kala air mata penyesalan apabila mengenangkan kesilapan silam sentiasa menemani penulis sepanjang berada di sana. Perkongsian ini sangat berbekas dan meninggalkan kesan yang signifikan kepada para pembaca.

Dengan kekuatan doa yang dilafazkan secara bersungguh-sungguh dan penuh yakin, Allah mempermudahkan banyak urusan penulis sepanjang beliau berada di sana. Kekuasaan Allah mengatasi segala perancangan dan pemikiran manusia. Ketika jemaah berasak-asak mencari ruang solat di kawasan Rawdah, tempat yang disebut oleh Rasulullah sebagai taman syurga, beliau mendapat peluang mengerjakan solat, duduk bertafakur, dan berdoa kepada Allah tanpa sebarang gangguan.

Membaca catatan kembara ini dapat memberikan sebesar-besar manfaat kepada para pembaca sebagai panduan menyempurnakan tuntutan haji dan meneguhkan lagi kecintaan kepada Allah. Pastinya perjalanan suci demi kecintaan kepada Allah dan rasul-Nya ini tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang pernah melaluinya.

No posts found

Write a review

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI