Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Muka Surat: 256m/s
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.495kg
Dimensi (cm): 21cm x 14cm x 1cm
Para sejarawan percaya jumlah mat Islam yang diusir ada sekitar 250 ribu-350 ribu orang. Hal itumengindikasikan bahawa sebahagian mereka pergi ke pantai utara Morocco dan bakinya pergi ke Tunisia. Seorang penulis berbangsa Sepanyol, Juan Guytesillo menyatakan bahawa peristiwa tersebut sebagai pengusiran sekali gus penghapusan etnik dan agama yang pertama kali terjadi di Eropah. Penulis Sepanyol lainnya, Emilio Paistorius mengatakan bahawa pengusiran bangsa Moriscoss (Islam) dari Andalusia merupakan kejahatan kedua terbesar. Manakala kejahatan terbesar yang berlaku adalah pencurian buku-buku milik orang-orang Islam ole Ratu Isabella, yang kemudiannya dibakar di dean pintu gerbang ar-Raml (Bab Al-Raml), Granada, kecuali buku-buku kedoktoran Islam.
Islam berkembang di Semenanjung Iberia (Andalusia, kini Sepanyol, Portugal dan Andorra) selama kurang lebih 8 abad (8-16 Masehi). Selama rentan waktu itu juga, Islam mampu menyulap semenanjung yang semula daerah pinggiran itu menjadi salah sebuah pusat peradaban dunia dan pusat ilmu pengetahuan sejagat. Ribuan cendekiawan, jutaan jilid buku, dan ratusan bangunan bersejarah Arab-Islam mengabadikan kisah kegemilangan peradaban Islam di bumi Andalusia itu. Dari Islam Al-Andalus juga, bangsa Eropah kembali mengenali ilmu pengetahuan sehingga akhirnya mengilhami abad pencerahan, aufklarung, renaissance, dan kebangkitan di benua tersebut. Transmisi ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang beralur dari Andalusia ke kota-kota Eropah lainnya. Ahli falsafah Britain abad pertengahan Roger Bacon menyatakan, kebangkitan Eropah sangat berhutang budi kepada peradaban Islam Al-Andalus.