Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Tolong Ingatkan Saya (C153,L11)

RM5.00
Weight: 0.08 kg
978-967-4030-87-2
Out-of-stock

SIRI SEBELUM TERLENA - TOLONG INGATKAN SAYA

 

Allah SWT berfirman;

 

“Demi kuda perang yang berlari kencang dengan termengah-mengah. Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya). Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi. Maka ia menerbangkan debu. Dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh. Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya. Dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya. Dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta. Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur. Dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada. Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.” (al-‘Adiyat: 1-11)


Manusia diciptakan dengan kelemahan, seringkali lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Sebagai seorang muslim pernahkan kita terfikir sejauh mana segala amalan mahupun bekalan yang akan dibawa bersama di akhirat? Sudahkah kita melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang benar-benar mengikut landasan dan ajaran yang telah ditetapkan Allah SWT? Mampukah kita menjawab setiap persoalan yang dikemukakan apabila dibangkitkan kelak?

 

Justeru itu, buku ini hadir sebagai santapan rohani bersifat santai dan menggunakan bahasa yang mudah difahami merangkumi beberapa bahagian antaranya pengajaran hadis, kisah-kisah daripada al-Quran, pengajaran, iktibar dan tazkirah berkaitan bagaimana menjaga hubungan dengan Allah SWT, manusia dan makhluk sekeliling kita. Selain itu terdapat juga tazkirah buat remaja yang dipetik daripada buku ‘Ihya Ulumuddin’ karangan Imam Al-Ghazali. Semoga kita dapat meneliti setiap kandungan di dalam buku ini bagi memantapkan lagi rohani kita
untuk bekalan yang bakal dibawa ke hadrat Allah SWT.

 

Selamat Membaca.

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI