Setelah selesai mengadap baginda Sulta, aku berjalan keluar daripada dek khusus baginda Sultan dan menarik nafas lega.Apa yang penting, baginda Sultan sudah diselamatkan dan keturunan-keturunannya terpelihara.Pandangaku, Kota Melaka itu memang sudah runtuh dan roboh.Tetapi, Empayar Kesultan Melayu Melaka sehingga kini tiada siapa yang mampu mengucap umum bahawa ia sudah tewas.Aku menyambung kebali melihat setiap inci bahtera yang aku sedang kagumi.Hatiku kuat berbicara mengatakan bahawa bahtera ini adalah mendam berahi.Sebuah bahtera yang terkenal dan digunapakai oleh Laksamana Hang Tuah.Berlayar laju merentasi benua dan saiznya agak besar berbanding kapal-kapal biasa.
Wallahualam, apa yang penting kini, aku berasa tenteram daripada hiruk-pikuk penjajah Portugis menerobos masuk Kota Melaka.Terkadang aku terfikir juga, apakah perasaan mereka melihat dalam mahligai istana Melaka nanti yang hanya tinggal sisa-sisa kekayaan bumi Melaka untuk tatapan mereka.Semestinya mereka marah, kecewa dan tidak puas hati dengan agenda permainan yang dirancang.Selepas beberapa ketika aku berjalan-jalan atas bahtera ini, akhirnya tiba juga di sebuah pulau.Kami berlabuh di sini untuk menyimpan peti-peti simpanan harta di sebuah tempat yang sangat sulit dan tersembunyi.Pulau ini tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil.Setiap peti-peti tersebut diangkut keluar dan dibawa menuju ke sebuah ruangan khas yang terdapat di pulau tersebut.
Baginda Sultan kekal di dalam bahtera dan meneruskan pelayaran bersama nakhoda Laksamana Agung.Bersama denganku, Panglima Hijau untuk menguruskan penyimpanan peti-peti simpanan harta ke sebuah ruangan tersembunyi.Kami sampai di satu pulau yang sangat kecil dan kami perlu menyeberang laut cetek untuk ke pulau tersebut.Di pulau itu terdapat sebatang pokok yang sedang berbuah dengan lebatnya.
Tiba-tiba, muncul seorang tua serba putih yang datang entah dari mana lalu bersuara, "Inilah masanya!"