ISBN 9789671202197
=====================
Othman Talib, berpendidikan Sekolah Menengah KGV, Seremban. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) UKM, Sarjana Sains (Pedagogi) UPM dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan (Pendidikan Sains) dari The University of Adelaide, Australia. Beliau mempunyai minat dalam penyelidikan Pendidikan Kimia dan Animasi sehingga berjaya mendapat pengiktirafan PINGAT EMAS di Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (UPM), The Research and Innovation Exhibition (UPSI) dan Malaysian Technology Expo (MTE 2012) serta PINGAT PERAK di Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2009). Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. OT merupakan penulis blog santau dalam membincangkan masalah pasca siswazah yang terlibat dalam penyelidikan dan penulisan tesis. Blog beliauwww.drotspss.blogspot.com diterima ramai sehingga dianugerahkan antara tiga blog terbaik oleh Malaysian Educational Blogging Summit 2011. Beliau telah menghasilkan pelbagai teknik dan idea efisyen dalam penulisan tesis seperti RFOT (Research Template of Thesis), OFOT (One File One Thesis), ZDOT (Zero Draft of Thesis), KOT (Keep on Track) dan SROT (Speed Reading on Target) sehingga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel PENULISAN TESIS, MENDELEY, SPSS DAN ATLAS.TI