Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah
Muka Surat: 120
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.130
Dimensi (cm): 19cmx12.8cmx0.7cm
Bayangkan... tidak dibenarkan berpuasa dalam bulan Ramadan. Bayangkan... tidak boleh menyimpan janggut, berkopiah dan bertudung kerana itu
lambang beragama. Bayangkan... ditahan di kem tahanan rahsia, semata-mata kerana mengiakan bahawa
Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruhnya. Bayangkan... di kem tahanan itu pula, babi menjadi hidangan harian yang terpaksa
ditelan!
Itulah yang berlaku di Xinjiang, China. Ia sebuah wilayah yang diduduki majoriti etnik
Uyghur beragama Islam.... dahulunya dikenali sebagai Turkistan.
Itulah yang dihadapi rakyatnya, iaitu dilarang keras untuk beragama. Paling mengejutkan, populasi bangsa ini sedang dikawal dan diletakkan larangan supaya tidak beranak
pinak. Kaum wanitanya dipaksa menggugurkan kandungan.
Bagaimana konflik ini bermula? Bacalah kisah fakta fiksyen yang pasti mengundang rasa syukur dalam dada anak-anak kita bahawa sesungguhnya mereka amat bertuah kerana
selamat dan bebas untuk beragama.