Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Kumpulan Puisi: Terpendam Makna #(L77)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.25 kg
9789671971512
5 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Terpendam Makna 
ISBN: 9789671971512
Penerbit: HR Publication
Penulis: R Hamkama
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 235
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Softcover 
Berat (kg): 0.245 
Dimensi (cm): 18cm x 12cm x 1.4cm 
 
SINOPSIS
 
R HAMKAMA merupakan penyajak mapan dalam sejarah kesusasteraan Melayu yang muncul di arena perpuisian moden sejak awal tahun 70-an lagi. Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1951, R Hamkama sudah menunjukkan bukan sahaja ketekunan dalam berkarya tetapi juga tampil dengan teknik penciptaan karya yang tersendiri.

Karya awal beliau banyak termuat dalam media utama arus perdana seperti majalah dan akhbar mingguan. Antara karya awal ini ada yang terkumpul di dalam antologi Pengertian Adalah Cinta yang Terasing' (1975), bersama beberapa penyajak lain dan juga kumpulan sajak 'aaa' (1975). Antologi Puisi Melayu Baharu 1961-1986' (1990) selenggaraan Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof telah memberi penghormatan dengan memuatkan karya R Hamkama.

Penyajak prolifik dan tokoh korporat terkemuka ini-yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran yang tiada terhingga di Malaysia, ikut memperoleh sebarisan panjang pengiktirafan antarabangsa atas pelbagai pencapaiannya dalam bidang profesional terus berkarya sehingga kini. Karyanya juga terkumpul di dalam kumpulan-kumpulan persendiriannya, antaranya 'Memoir...Satu Perjalanan (2011), 'Sajak lxv (2017), "Ketika Kita Terus Bercerita' (2018), Aku, Sajakku dan Tuhanku' (2019), Puyan Bermakna (2019), Kumpulan Puisi Hak (2020), Nota Seberang (2020) dan 'Lagi, Lagi dan Lag (2020).

Pada tahun 2016, beliau telah dianugerahkan darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (S.J.M.K.) oleh DYMM Sultan Kelantan, sebelum itu, beliau turut menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (D. P.M.K.) oleh DYMM Sultan Kelantan, Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri, dan darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) oleh DYMM Sultan Pahang, yang membawa gelaran Dato' Sri.

Selain sajak, R Hamkama juga menghasilkan cerpen. Cerpen-cerpen beliau terkumpul di

dalam antologi Cinta Isteri di Persimpangan (1975), bersama Wanrazuhar dan

Norhisham Mustapha.

HR
Penerbit:
HR PUBLICATION
Tahun Diterbitkan:
2021
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
235 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI