Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.5"
ISBN-13: 9789833991464
"Barangsiapa memuja Muhammad, Ketahuilah Muhammad telah wafat. Tetapi barangsiapa memuja Allah, Allah sentiasa hidup. Mana mungkin Nabi datang menolong umatnya setelah baginda wafat? Mana mungkin? Atau inikah yang dimaksudkan mereka dengan syafaat yang telah dijanjikan baginda kepada umatnya?"
"Dipandukan mantera-mantera purba, Orang Imorot pula menanti kedatangan manusia istimewa mereka. Mungkinkah manusia istimewa itu telah tiba dan hidup di kalangan mereka? Siapakah manusia istimewa itu? Sejauh keterangan datukku sejarah hidupnya mengimbas sejarah suci yang aku kenali. Mungkinkah dia telah datang setelah sekian lama diseru dan dijemput? Mungkinkah?"
Novel Tawasul pasti menggegarkan dunia kesusasteraan dan keagamaan masakini dengan penerokaannya yang berani, penting dan mencabar untuk direnungkan. Ia memancing minat pembaca dengan meneroka pertalian di antara institusi kenabian, sains pengklonan dan penafsiran sejarah.