===========================
Format: PaperbackISBN: 9789672040583
Jumlah Muka Surat: 110
Berat (Kg): 0.125
SINOPSIS
Panggilan keji, makian serta ejekan menjadikan Janna trauma. Hanya kerana dirinya dianugerahkan kebolehan melihat makhluk halus, dia dituduh sebagai punca kejadian histeria di sekolahnya. Tertekan sehingga memilih ke lembah dosa, menyebabkan dirinya dipindahkan ke Sekolah Sri Bangsar.
Bagaikan keluar mulut singa, termasuk mulut buaya. Di sekolah baru… Janna terpaksa berhadapan dengan masalah. Tersepit antara adegan buli Edora, si samseng raksasa melawan pelajar cemerlang bernama Nani. Trauma lama kembali menghantui.
Paling menakutkan, Janna sering terlihat kelibat lembaga wanita berwajah mereput sering mengekori Nani, si mangsa buli. Lembaga itu menari-nari gembira setiap kali Nani berdukacita dibuli Edora.
Tiada sesiapa mahu bangkit melawan kemungkaran, tiada sesiapa yang berani bersuara… termasuklah diri Janna sendiri. Kekal membisu dan membiarkan adegan buli berterusan berlaku. Apakah perilaku dirinya ini turut mengundang dosa? Mungkin tanpa sedar… dia juga merupakan pembuli durjana.
“Ada kalanya… manusia lebih kejam dan menakutkan berbanding syaitan!”