SINOPSIS/SARI RANSANG
Buku Tasrif Al-Af'aal ini ditulis utk menjadi "buku rujukan lengkap murid dalam pengolahan kata kerja Bahasa Arab", jadi pelajar yg diberi peluang berlatih & menyemak nota2 buku ni akan lebih mantap penguasaannya dalam B.Arab.
Dlm peperiksaan UPSR, PT3 & SPM terdapat pelbagai soalan berkaitan dengan Tasrif Al-Af'al, kerana mereka perlu memahirinya sebelum masuk ke peringkat Universiti.
Di dalam buku ini pelajar akan berhadapan dgn soalan2 yg mencabar & akan seronok bila dpt menjawab & akan mendapat gambaran menyeluruh tentang Tasrif Al-Af'aal,
إن شاءالله.
Pelajar yang lemah Tasrif Al-Af'aal ertinya level Bahasa Arabnya terlalu rendah, kita dpt menilai bila kita dengar kesalahan basic seperti:
أنا ذهب الحمام ×
نحن يحب كرة القدم ×
أنتم لا تأكل، هيا أنتم تفضل معنا x
(yg betul ذَهَبْتُ، نُحِبُّ، تَأْكُلُوْنَ، تَفَضَّلُوْا)
Oleh itu, buku praktikal ini dpt membantu para peminat Bahasa Arab & dpt memantapkan para pelajar, serta menjadikan mereka lebih bersedia utk B. Arab di pringkat universiti.
Buku ni mengandungi:
-semua bentuk kata kerja
-nota ringkas & mudah
-berbaris penuh
-latihan menyeluruh
-jawapan lengkap