Tajuk : Taqwa: Martabat dan Harga Diri Insan
ISBN : 9789671911174
Penulis : Pustaka Permata Ummah
Muka Surat : 126 m/s
Halaman : Hitam Putih
Berat (Kg): 0.23
Tahun Terbit : 2021
Format : Softcover
Dimensi (Cm) : 23cm x 15.1cm x 0.8cm
SINOPSIS:
Buku ini menjelaskan tentang sifat taqwa yang merupakan salah satu sifat menjadi kesempurnaan dan kemuliaan bagi setiap Mukmin. Sifat yang sangat penting bagi menentukan martabat diri manusia di sisi Allah SWT dan menetapkan harga diri mereka berdasarkan iman, Islam, dan ihsan. Ia perlu dihayati dalam semua aspek kehidupan individu, keluarga, masyarakat, dan negara secara sempurna dan penuh keikhlasan.
Taqwa akan menjadi benteng yang akan memelihara dan meneguhkan umat Islam dalam menghadapi cabaran akhir zaman. Berbekalkan sifat taqwa, setiap Mukmin akan mempunyai kekuatan untuk mendepani sebarang fahaman dan amalan yang menyesatkan manusia daripada hidayah Allah SWT. Penulis mengemukakan panduan al-Quran dan pandangan para ulama’ secara tuntas bagi memahami dan menghayati sifat taqwa berasaskan neraca ilmu.