Penerbit: KataPilar Books
Penulis: Amira Sariyathul
Muka Surat: 270
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.300kg
Dimensi (cm): 19.5cm x 13cm x 1.5cm
"Adakala aku berasa putus asa, sedih, takut dan gelisah, apabila memikirkan keadaan aku pada masa hadapan. Namun tidak kira sebesar mana pun kesusahan yang bakal aku hadapi pada hari-hari muka, aku yakin begitu jugalah besarnya bantuan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh-Nya..."
Di dalam memoir yang menggetarkan jiwa ini, Amira Sariyathul berkongsi kisahnya yang penuh dengan rintangan dan cabaran setelah didiagnosis dengan SLE — systemic lupus erythematosus — penyakit autoimun yang menyebabkan sistem imun menjadi celaru dan menyerang tisu dan organ dalam badan.
Keazaman Amira menghadapi penyakit lupus diuji apabila dia mengalami jangkitan darah dan kegagalan buah pinggang. Kehidupannya menjadi lebih sukar apabila penyakitnya tidak dilabelkan sebagai kekurangan upaya, menidakkan hak dan akses yang diperlukannya. Bagai garam yang ditabur pada luka, perjalanannya mendapatkan PhD pula, Amira berhadapan dengan pengkhianatan.
Namun, sepanjang perjalanan yang penuh liku ini, Amira tidak pernah berputus asa, hasil daripada kepercayaan kukuh kepada Tuhan dan harapan daripada ibu bapanya. Usai membaca Tanpa Label, pembaca akan duduk terfikir: Bagaimana seseorang boleh terus cekal, sedang dunia tidak menyebelahinya?