Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Takaful Mikro untuk Warga Emas #

RM42.00
Price in points: 42 points
Weight: 0.33 kg
9789674617752
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Takaful Mikro untuk Warga Emas #
ISBN: 9789674617752
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Asiah Kamal, Mohammad Taqiuddin Mohamad, Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 175
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.330kg
Dimensi (cm): 24cm x 16.5cm x 1cm
 
SINOPSIS
Takaful mikro merupakan skim perlindungan yang ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar, bekerja di sektor tidak formal, malahan kepada segmen yang tidak disasarkan oleh takaful komersial dan takaful sosial. Warga emas yang disasarkan dalam penawaran takaful mikro ini adalah golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas. Isu ini dijadikan fokus perbincangan berikutan jangkaan peningkatan bilangan warga emas di Malaysia yang mendorong ke arah pencapaian status negara tua pada tahun 2030 dengan 5.6 juta orang warga emas, iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini. Oleh itu, buku ini memperkenalkan model takaful mikro secara komprehensif yang membincangkan model dana tambahan, model strategi penawaran dan manfaat perlindungan yang sesuai diaplikasikan untuk memastikan kerelevanan penawaran skim takaful mikro ini. Bahkan, model ini telah memperoleh pengesahan daripada wakil industri dan pakar akademik yang terlibat selaku penasihat syariah bagi penilaian kelulusan penggunaan dana tambahan daripada sumber wakaf, dana tanggungjawab sosial korporat, zakat dan kombinasi dana daripada pelbagai sumber. Buku ini sesuai dijadikan panduan dan rujukan kepada pelbagai pihak, terutamanya Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, industri insurans dan takaful, kerajaan pusat, kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri, badan bukan kerajaan, ahli akademik, masyarakat awam dan seterusnya para pelajar untuk memahami konsep penawaran dan perlindungan takaful mikro untuk warga emas.
Penerbit:
Penerbit USM
Tahun Diterbitkan:
2024
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
175 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI