Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Syam Negara Misteri Akhir Zaman # (L27)

RM18.00
Weight: 0.23 kg
9789673882816S
Out-of-stock

Penulis: Anwar Majdi Ashan

Tahun Terbit: Mac 2017

======================

SINOPSIS/SARI RANSANG

Generasi hari ini jika ditanya tentang Syam sudah tentu ada yang masih terpinga-pinga. Tidak kurang juga mungkin ada yang masih menyangka Syam ialah sebuah tempat di Tanah Arab yang terkenal pada zaman Nabi S.A.W dahulu dan kini hampir-hampir tidak dikenali lagi.

Tahukah anda Syam sebenarnya dibahagikan kepada empat buah negeri yang sering disebut-sebut dan didoakan di seluruh dunia khasnya kita sendiri di Malaysia? Ya, Syam ialah Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin yang sedang bergelombang dengan pelbagai pancaroba. Walaupun begitu percayalah, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyarankan supaya kita menetap di Syam saat fitnah bergelombang menimpa dunia. Subhanallah.

Bersesuaian dengan namanya, Syam Negara Misteri Akhir Zaman ini dihasilkan untuk mengupas sekali gus menjelaskan tentang perjalanan negara Syam yang penuh misteri dengan 1001 kisah berkisar tentangnya. Antara bahagian menarik yang terkandung dalam buku ini adalah mengenai asal usul dan sejarah Syam serta kelebihan Syam yang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Selain itu, terdapat gambar-gambar yang mampu menarik minat pembaca untuk menelusuri perkembangan negara istimewa ini dari dahulu hingga sekarang. Buku ini juga ditulis dengan tujuan utama untuk mencari dana sumbangan oleh penulis kepada rakyat Syria yang akan disalurkan melalui misi bantuan kemanusiaan, insya-Allah. 

=========================================================

 ISI KANDUNGAN

 

Kata Penerbit

Kata Pengarang

Pendahuluan

 

BAB1: ASAL USUL &SEJARAH PERADABAN SYAM

   Tamadun Purba di Tanah Syam

   Etnik Purba di Tanah Syam

   Tamadun Islam di Tanah Syam

 

BAB2: KELEBIHAN SYAM DALAM AL-QURAN

 

BAB3: KELEBIHAN SYAM DALAM HADIS

    Fasal Pertama: Syam Bumi Keberkatan

    Fasal Kedua: Syam Bandar Anbia

    Fasal Ketiga: Syam Bumi Aulia

    Fasal Keempat: Syam Negara Kerajaan Islam

    Fasal Kelima: Penduduk Syam Pejuang Kebenaran

    Fasal Keenam: Syam Medan Rahmat & Ganjaran Syahid

    Fasal Ketujuh: Syam Menjadi Rezeki bagi Nabi Muhammad

    Fasal Kelapan: Syam Berda di Bawah Hamparan Malaikat

    Fasal Kesembilan: Kanak-kanak Pencetus Konflik Syam

    Fasal Kesepuluh: Syam Diuji Musibah Catuan

    Fasal Kesebelas: Syam Rumah Iman & Islam

    Fasal Kedua Belas: Syam ialah Pusat Islam

    Fasal Ketiga Belas: Penduduk Syam, Sebatan Allah di Muka Bumi

    Fasal Keempat Belas: Syam Tempat TInggal Penghuni Yang Baik

    Fasal Kelima Belas: Syam Menjadi Kubu Terbaik Orang Muslimin

    Fasal Keenam Belas: Syam Medan Terbaik Tentera Akhir Zaman

    Fasal Ketujuh Belas: Syam Tempat Turun Nabi Isa AlaihisSalam

    Fasal Kelapan Belas: Syam Tempat Dajal Dibunuh

    Fasal Kesembilan Belas: Angin Sejuk Peragut Nyawa dari Syam

    Fasal Kedua Puluh: Syam Medan Pengumpulan Manusia

 

Profil Ulama Syria

Glosari

Bibliografi

 

============================================================

ULASAN

 

Syam, merupakan nama sebuah tempat, kawasan yang kini merupakan gabungan 4 buah negara seperti Syria, Lebanon, Jordan dan Palestine. Menurut dua sumber utama didalam agama Islam, tanah Syam merupakan sebuah tempat yang istimewa dan banyak peristiwa yang telah dan akan berlaku disana semenjak zaman purba, zaman para nabi dan rasul sehinggalah zaman kini.

Buku ini akan memberikan maklumat kepada para pembaca tentang perkara-perkara yang menarik seperti sejarah lampau kehidupan dan ketamadunan di tanah Syam. Seterusnya, buku ini menyajikan para pembaca dengan perihal tentang tanah Syam yang disebutkan didalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dan Hadith-hadith besrta sedikit biodata ulama - ulama yang terkenal disana. Antaranya ialah Syam adalah Pusat Islam, Kubu Terbaik Orang Muslimin dan tempat dimana Dajjal akan dibunuh. Sebenarnya ada banyak lagi, tetapi kena baca sendirilah.

Maklumat didalam buku ini disusun rapi dan kemas. Mudah untuk dibaca disamping maklumat yang diberikan tidak panjang berjela-jela. Ini akan memudahkan proses pembacaan dan pemahaman oleh para pembaca. Setelah habis baca buku ini anda akan merasakan suatu perasaan untuk tahu lebih lanjut lagi tentang Syam. Malah, mungkin akan ada rasa nak kunjungi tanah Syam untuk melihat dengan mata kepala sendiri suasana dan keadaan disana. 

Dengan membaca buku ini juga dapat mengingatkan pada diri kita bahawa kiamat sudah pun menghampiri kita. Oleh itu, kita kena bermuhasabah diri dan pertingkatkan iman dan amal diri serta memperbanyakkan mengajak manusia melakukan kebaikan.

- sumber: H2413

Penerbit:
Telaga Biru
Format:
Paperback

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI