Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Sudirman Yang Ku Kenali #(Q16)

RM29.00
Price in points: 29 points
Weight: 0.24 kg
9789671538241
Out-of-stock
Add to wish list

Buku ini menyingkap rahsia Sudirman, penghibur lagenda yang tidak pernah diceritakan di mana-mana media. Ini adalah naskhah jujur yang lahir dari hati penulis & teman rapat Sudirman.

Wartawan hiburan, Saodah Ismail menulis buku tentang Sudirman berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan semula oleh teman-teman baik penghibur nombor satu Asia tersebut. Buku ini dihasilkan berdasarkan pengalaman peribadinya bersama bintang legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

 

ANTARA YANG MENARIK DALAM BUKU INI:

 

- Sudirman tidak tahu memandu, tetapi memilik sebuah kereta proton.

- Kad raya & surat untuk peminat ditulis sendiri oleh Sudirman.

- Kerana cinta yang mendalam, Sudirman sendiri yang menentukan pakaian, kasut & warna beg tangan untuk menjaga penampilan isterinya. 

- Sudirman pernah marah & mengamuk kepada wartawan yang terlalu memuji artis luar negara.

- Bukan kerana dadah atau Aids, Sudirman mati kerana pneumonia & terkena sihir.

 

 

 

 

KENAPA BUKU INI DITULIS?

 

Antara sebab Saodah Ismail menghasilkan buku ini adalah kerana kecewa dengan pelbagai pihak yang gagal menunaikan janji pasca kematian penghibur nombor satu Asia itu.

"Waktu Allahyarham meninggal, beliau ‘dimandikan’ dengan pelbagai janji antaranya nak buat sebuah institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak-anak muda yang berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku."

"Muzium pun tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan mati tak mahu. Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham."

"Dua tiga hari lagi genap 27 tahun kematiannya, orang semua akan bercakap mengenai Sudirma. Sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu saja.”

 

 

Sepanjang kariernya sebagai wartawan, Saodah sendiri menyimpan banyak kenangan manis dan anekdot mengenai artis yang mengharumkan nama negara ini. 

“Apa yang ditulis, semuanya lahir dari hati dan tiada apa yang disembunyikan. Saya juga tidak bimbang kerana tiada kontroversi bukan-bukan yang saya dedahkan dalam buku ini.”

 

 

 

TINTA PENULIS

 

"Benar dia budak kampung tapi bukan budak kampung yang takut dan tidak punya keyakinan diri. Bukan budak kampung seperti yang selalu digambarkan dalam filem-filem Melayu."

- Saodah Ismail

 

"Pada saya dia bukan buat semua ini kerana wang, sebaliknya dia belanja lebih besar dari apa yang dia dapat."

- Habsah Hassan

 

"Dengan dia tak boleh kata tidak, dia tak suka. Bagi dia semuanya mesti boleh."

- Dharanee

 

"Saya banyak belajar darinya... memang dia satu-satunya artis yang istimewa... ada masa dia manja."

- Norisah Sulaiman

 

"Akan datang, untuk kita ada penghibur seperti Sudirman. Dan seorang macam P.Ramlee.. payah."

- Dr. Syed Iskandar

 

"Dia seorang abang yang baik, sangat bertanggujawab, bertimbang rasa dan tak pernah menyusahkan."

- Intan Zabidin

Penerbit:
khutubkata
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
150 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI