ISBN: 9789672796077
Penerbit: Kata Pilar (M) Sdn Bhd
Muka Surat: 189
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.215
Dimensi (cm): 19.7 cm x 13 cm x 1 cm
pohon bangun
sakura pun senyum
dan berasmara dengan cahaya.
kumbang berdengung ke udara
mabuk madu puspa.
Menjadi pengembara bermakna menjadi seorang pemerhati. Ibarat merenung permukaan tasik, kaulihat rupa dan ragam penghuninya: menghadam segala riaknya, sesekali cuba memahamkan kocaknya.
Muhammad Haji Salleh membawa kau membonceng basikal—memperinci alam dan watak-watak pelbagai latar yang merentas benua dan arus waktu. Bau soyu dan tempura membertih musim, helai-helai hari penjual batik di pasar sibuk, atau wanita berambut biru asyik merias untuk kekasih yang tak kunjung tiba—segalanya terlihat jelas di deria. Kau telusuri perjalanan kegelisahan seorang mahasiswa kepada kematangan seorang pemikir yang memperhalusi kerencaman budaya serta tradisi.
Naskhah ini mengumpulkan 81 puisi terbaik sempena ulang tahun kelapan puluh Sasterawan Negara ini, di samping transkripsi temu ramah istimewa seputar kepengarangan beliau dan sastera Malaysia.
Hari sudah hampir malam. Mahukah kau pulang, atau teruskan kelana?
- Tajwid Berwarna