ISBN: 9789672459323
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 203
Halaman: Hitam Putih
Format: SoftCover
Berat (kg):0.274
Dimensi (cm): 21.9 cm x 14.7 cm x 1 cm
Mengapa sebenarnya seseorang gagal mencapai apa yang diinginkan dalam hidup? Walhal cita-cita sudah jelas, azam sudah sempurna, dan semangat juga sudah melangit. Rupa-rupanya, yang hilang daripada kita adalah sikap. Ia merupakan sains dan sunnatullah di sebalik mana-mana kejayaan.
Mahu menjadi keluarga terbaik, tetapi tidak proaktif dalam menzahirkan cinta.
Mahu menjadi teman akrab, tetapi sentiasa menjatuhkan antara satu sama lain.
Mahu menjadi masyarakat unggul, tetapi tidak mahu bertoleransi.
Mahu menjadi pemimpin kompeten, tetapi tidak strategik dalam menyusun prioriti.
Melalui buku Siri Yang Hilang, Ustaz Hasrizal merumuskan sikap-sikap yang boleh meningkatkan kualiti diri individual.
Ia menjadi pemangkin besar dalam merealisasikan segala impian yang telah dicitakan, dengan izin Allah SWT.
ISI KANDUNGAN
- Pengenalan
- Saya & The Seven Habits
- Pendahuluan: Akhlak Dalam Islam
- Membetulkan Paradigma Untuk Membetulkan Sikap
- Sisi Berakhlak Yang Hilang
- Mula Dengan Gambaran Akhir
- Meletakkan Prioriti
- Menang Sama-Sama
- Memahami Sebelum Difahami
- Sinergi
- Asah Gergaji
- Penutup