Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah
Muka Surat: 116
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.125
Dimensi (cm): 19cmx12.8cmx0.7cm
Syed Siddiq, pelajar harapan sekolah yang petah berkata-kata. Dianugerahkan pingat kepimpinan bertaraf antarabangsa, menjadi kebanggaan buat Maahad Tahfiz Integrasi As Syifaa’. Oleh sebab itu, beliau ditawarkan jawatan Ketua Pelajar oleh tuan pengetua. Namun, cadangan melantik Syed Siddiq dibantah segelintir guru kerana mengaggap jawatan pemimpin pelajar harus dipilih oleh pelajar sendiri, dan bukannya guru yang syok sendiri. Justeru, lahirlah keputusan mengadakan pilihanraya kecil memilih Ketua Pelajar sesi persekolahan yang baru. Nama Nik Jannah disebut-sebut sebagai pesaing paling hebat yang setaraf dengan kegemilangan Syed Siddiq di sekolah. Syed Siddiq tidak puas hati kerana baginya, dia adalah yang paling hebat. Apatah lagi, Nik Jannah adalah pelajar perempuan. Memang tidak layak menjadi ketua! Pelbagai strategi dilaksanakan bagi memenangi hati para pelajar mengundi calon pilihan.
Syed Siddiq menubuhkan Barisan Remaja Nasionak (BRN), bersama dengan dua orang rakan subahat, Hadid Qamal dan Ammar Bahrin. Manakala Nik Jannah pula memelopori Pergerakan Usrah Seluruh Aspuri (PUSPA) dengan dibantu oleh orang kanan yang setia, Siti Hajar dan Sarah. Dua calon ketua dengan ideologi yang sangat berbeza. Memenangi hati pelajar bukanlah mudah. Para calon saling berbalah dan bertikam lidah untuk membuktikan siapakah yang paling layak bergelar Ketua Pelajar. Syed Siddiq berlakon alim-alim kucing semata-mata mahu menawan hati pengundi. Persaingan menjadi ketua pelajar semakin sengit. Membuatkan calon mula bermain secara kotor. Fitnah dijadikan acuan utama. Budaya tular-menular menjadi perosak imej dan nama. Nik Jannah terpalit kontroversi yang memaksa dirinya menarik diri daripada pilihanraya kecil pemilihan ketua pelajar. Oleh yang demikian, Syed Siddiq menang tanpa bertanding.
Namun, adakah keputusan itu berakhir di situ? Bagaimana pula dengan penerimaan pelajar? Mampukah Syed Siddiq menggalas tugas sebagai ketua pelajar yang disegani ramai? Apakah pula nasib yang menanti Nik Jannah? Mungkinkah kebenaran akhirnya tersingkap jua? Ketahui kisah pemilihan paling kontroversi dalam SIS SOLEHAH PERFECT A!