Format: Paperback
ISBN-13: SGRM20S3
Siri Mudah Baca adalah siri bacaan asas yang dirancang khusus untuk membantu kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas mengukuhkan kemahiran membaca. Buku-buku di dalam siri ini disusun secara berperingkat mengikut tahap perkembangan bahasa kanak-kanak.
Perkataan di dalam Siri Mudah Baca terdiri daripada kumpulan kata dasar yang kerap digunakan dalam pertuturan kanak-kanak.
Setiap perkataan diperkenalkan secara berperingkat dan diulang pada peringkat seterusnya. Dengan buku siri mudah baca ini, kanak-kanak lebih bermotivasi untuk terus membaca.
Judul-judul dalam Set Ketiga:
- Di Ladang Datuk
- Hadiah untuk Nenek
- Sara ke Bandar
- Seronoknya di Pantai
- Hati-hati, Hani!
- Cuci Tangan
- Berhari Raya di Rumah Nenek
- Hari Penyampaian Sijil