Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. AzIan! ltu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun. HukumanNya? Lagilah dia sengaja lupa. Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izinNya gadis itu kembali sedar. Satu peristiwa berlaku menjadl punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.
Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran, terungkai satu persatu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan. Namun dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira.Allahu! Allah tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia beruhah, Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.' Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa berTuhan dan fahami makna Segenamn.
- Terjemahan Per Kata