SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di bumi Khilafah Othmaniyyah, Turki, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Pada penulis kesemua mereka adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang- kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.