Penerbit: K Citra Kurnia
Penulis: R Hamkama
Muka Surat: 271
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.400
Dimensi (cm): 20cm x 12.6cm x 2cm
Sensitiviti lazimnya mudah berkembang tatkala seseorang menyapai tempat yang baharu, atau suasana yang berlainan, ataupun berada di dalam lingkungan yang berbeza. Suasana yang menyelubungi memungkinkan seseorang cenderung menyegarkan daya kreatifnya. Akan ada sesuatu yang ingin dikaryakan; tidak mengira hasil pemerhatian di tempat-tempat ini, atau sesuatu pertembungan yang mengejutkan, ataupun terkenang segala peristiwa yang terjadi yang disedari penyajak tatkala berada di tanah air.
Penyajak akan 'menghidupkan jentera kreatif' ini untuk mencatat, menilai dan mentafsir juga. Selalunya, diksi akan berlegar-legar di fikiran. Persepsi merayau atau menggeledah. Manakala, kreativiti melonjak. Karya pun tercipta. Sajak yang dihasilkan menjadi sangat bererti di dalam situasi seperti ini. Dengan yang demikian, penyajak mencari ruang untuk tentunya mengumpulkan hasil penciptaannya menjadi segugus pemikiran; yang kelak diabadikan menjadi kenangan sementara kepada pembaca mereka akan merenung setiap yang dihujahkan dan dibicarakan.