Penerbit: Telaga Biru
Penulis: Nur Khairunnisa Iskandar
Tahun Terbitan: 2022
Halaman: berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.210kg
Dimensi (cm):14cm x 21cm x 1cm
Kelebihan
- Mengupas topik baligh dengan bahasa yang cukup mudah untuk
di fahami. - Menghidangkan perbincangan yang bersifat umum serta sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan juga perempuan.
- Kupasnya tidak terhad kepada tanda baligh semata-mata, bahkan ia turut melibatkan aspek-aspek seperti kesihatan, kebersihan dan kebertanggungjawaban sebagai persediaan usia baligh.
Sinopsis
SAYA SUDAH BALIGH memaparkan perkongsian penulis tentang persediaan adik-adik untuk menghadapi alam baligh secara peringkat demi peringkat, baik untuk si anak dara mahupun si anak bujang. Pelbagai fasa kehidupan yang kian mencabar dewasa ini menuntut anak-anak zaman ini supaya membekalkan diri dengan pengetahuan yang mencukupi. Dengan demikian, diharapkan mereka tidak terkandas dalam menyesuaikan diri. Buku ini bukan sahaja mendedahkan cara mendepani fasa baligh, malah mengajarkan batas pergaulan buat mereka agar lebih bijak menjaga diri.
- Terjemahan Bahasa Melayu