Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


SAKA: Nyawa Sebagai Galang Ganti# (L37,BL25)

RM28.90
Price in points: 29 points
Weight: 0.27 kg
9789672394358
33 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: SAKA: Nyawa Sebagai Galang Ganti#  
ISBN: 9789672394358
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Pelbagai Penulis
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 411
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.270
Dimensi (cm): 18.4 x 11.4 x 2

 

SINOPSIS

DENDAM KESUMAT-AMRAN JAZEE

Kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan telah mengubah haluan hidupnya. Dia lelaki yang tidak punya apa-apa, tidak mempunyai masa depan. Insiden dengan anak majikannya telah menyebabkan dia hilang kerja. Bukan sahaja kehilangan kerja malahan dia dipukul dengan teruk, maruah dirinya dihina dan dia hampir mati.

Dendam pada majikannya semakin membarah. Demi sebuah dendam dia sanggup melakukan apa sahaja. Jalan hitam menjadi pilihan, dia meminta bantuan saka yang hebat untuk melanaskan dendam kesumatnya. Dikuasai sakanya dia membunuh keluarga Tengku Halim tanpa belas kasihan. Di saat hasratnya hampir tercapai tiba-tiba seorang lelaki muncul untuk menghalang niatnya membunuh Tengku Halim. Pertempuran sengit berlaku, sejarah lalu mula terbongkar. Ada dendam yang lama bersarang, ada hasrat yang lama terhalang.

Demi sebuah dendam dia terjerumus ke lembah kehancuran.

GELORA-FITRI HUSSIN

Adam jatuh cinta sepenuhnya sebaik melihat Erliana secara bersemuka. Pada malam dia melafazkan cintanya kepada gadis cantik itu, Amri, bekas kekasih Erliana dibunuh lembaga yang menakutkan dan mati dalam keadaan mengerikan.

Adam dan Erliana mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Enam tahun kemudian pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula berlaku. Beberapa kali Adam berjalan di dalam tidur sambil memegang gunting. Kata pak long, bapa saudara Erliana yang mempunyai kelebihan mengubat, Adam dikuasai oleh saka keturunanya.

Solusi diberi tetapi Adam enggan menerima. Ketegangan berlaku. Erliana bimbang dengan keselamatan dirinya dan Eryana.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang terjadi kepada Adam? Dapatkah Erliana menyelamatkan dirinya dan Eryana?

SAKA SEBELAH RUMAH-EB REEZA

Mariani berasa pelik apabila jiran baru sebelah rumah mereka itu berpindalt waktu malam. Bukan sahaja tentang perpindahan mereka menjadi soal tetapi juga tentang keaktifan mereka saat menjelang malam turut menjadi soal sehingga keluarga Mariani seringkali mengintai aktiviti jiran sebelah rumah mereka itu.

"Mak tak pelik ke Jiran kita tu pindah waktu malam mak bukan waktu siang. Sekian lama rumah tu kosong, tiba-tiba mereka pindah malam hari.-MARIANI

Benarkah tanggapan mereka bahawa jiran sebelah rumah mereka itu sebenarnya adalah saka kerana aktiviti keluarga jiran mereka seringkali berjalan pada waktu malam dan bukannya waktu siang, tambahan pula wajah mereka juga pelik dengan hiasan warna-warni.

Penerbit:
Karya Publika
Tahun Diterbitkan:
2023
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
411 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI