Penerbit: IBDE Ilham
Penulis: Fakhruddīn al-Rāzī
Muka Surat: 120
Halaman: Hitam putih
Format: Hardback
Berat (kg): 0.230kg
Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 1.5cm
Tentang Buku
Keserakahan manusia akan kelazatan duniawi itu tiada bertepi. Darihal makan minum, harta benda, pasangan dan zuriat mahupun kuasa dan pangkat, manusia selaku makhluk tuhan tiada pernah berasa cukup akan nikmat yang dikecap di muka bumi ini. Indera, khayal dan akal sekadar terbelenggu oleh sedap yang sementara dan semu belaka.
Fakhruddīn al-Rāzī mengarang tulisan singkat dan padat ini sebagai suatu panduan demi mengecap kelazatan yang mulia sekaligus nasihat tegas demi membentengi diri daripada kelazatan yang tercela.
KETERANGAN KHAT
Hadis pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi: Innamal a'malu binniyat ertinya "Bahawasanya segala perbuatan itu bergantung pada niat." Ditulis dalam gaya kufi moden.