Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Rich Dad Poor Dad: Edisi Ulang Tahun ke-20 (L182)

Rak: L117
RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.48 kg
978-967-481-178-5
Out-of-stock

Tajuk: Rich Dad Poor Dad: Edisi Ulang Tahun ke-20 
ISBN: 978-967-481-178-5
Penerbit: Publishing House
Penulis: Robert T.Kiyosaki
Tahun Terbitan: Cetakan Keenam,2020
Muka Surat: 371
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.478
Dimensi (cm): 22.7cm x15cmx1.9cm

 

Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. 

 

Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang.

Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang.

 

Ramai orang yang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini. 

 

Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:

1. Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh

2. Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang

3. Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja

4. Menjadikan wang bekerja untuk kita

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”

- Robert T. Kiyosaki

 

Isi Kandungan



Bab 1

Pelajaran 1: Orang Kaya Tidak Bekerja untuk Wang

Bab 2

Pelajaran 2: Kenapa Perlu Belajar Pendidikan Kewangan?

Bab 3

Pelajaran 3: Jaga Bisnes Sendiri

Bab 4

Pelajaran 4: Sejarah Cukai dan Kuasa Syarikat

Bab 5

Pelajaran 5: Orang Kaya Mencipta Wang

Bab 6

Pelajaran 6: Bekerja Untuk Belajar, Jangan Bekerja Untuk Wang

Bab 7

Mengatasi Halangan

Bab 8

Mula Berubah

Bab 9

Mahukan lagi? Ini Apa yang Kita Boleh Buat



Review #1


Seandainya setiap agama mempunyai kitab suci yang tersendiri, maka tidak keterlaluan jika dikatakan, buku Rich Dad Poor Dad adalah kitab utama bagi mazhab kekayaan dalam dunia moden sekarang. Tanyalah kepada para jutawan di seluruh dunia, lebih separuh daripada mereka pasti memberitahu yang mereka pernah membaca buku ini. Inilah buku kewangan dan motivasi kekayaan yang terulung serta bestseller sepanjang zaman. Matlamat buku ini sangat jelas, untuk membantu kita mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja.

Buku ini pernah menggemparkan dunia dengan kontroversi yang sensasi untuk dibahaskan mengenai kekayaan. Orang ramai melenting kerana mereka seolah-olah dilabelkan sebagai hamba wang oleh penulis buku ini, Robert T. Kiyosaki. Yang paling mengejutkan, Robert mendedahkan betapa ramainya manusia yang terperangkap dalam kitaran sia-sia Rat Race. Anda mungkin terperangkap sama. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Dapatkan buku ini dan keluarlah daripada kitaran sia-sia sebagai jutawan yang merdeka daripada masalah kewangan.



Review #2


Rich Dad Poor Dad adalah antara buku kewangan yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Secara dasarnya, buku ini membuka mata berkenaan apa itu sebenarnya membuat duit. Dalam buku ini, ditunjukkan secara literal bagaimana membuat duit daripada bahan mentah. Sebenarnya, caranya sama seperti membuat wang palsu. Bunyinya kelakar, tetapi itu yang membuka pemikiran mereka yang sudah berjaya.

Naratif awal buku ini membawa kita melihat dunia kewangan dari sudut pandang seorang kanak-kanak. Nampak seperti enteng sahaja, tetapi kemudian konsep-konsep dewasa pantas meresap masuk. Contohnya sahaja kelihatan seperti keanak-anakan, tetapi konsep yang awal itu tetap relevan dalam dunia dewasa.

Buku ini bukan buku berkenaan menyimpan wang, tetapi ia adalah buku yang menukar cara kita memandang wang dan membuat duit. Apabila pandangan kita kepada wang sudah bertukar, cara kita melihat dunia juga pasti bertukar. Jadi, bersedia melihat dunia dengan cara berbeza selepas membaca buku ini.

Selepas itu, barulah penulis membawa kita kepada bagaimana sebenarnya cara membuat duit dan mengembangkan duit yang ada. Ada banyak cara bagi membuat duit, namun kerana pengalaman penulis lebih cenderung kepada hartanah, maka kebanyakan contoh membuat duit yang diterangkan adalah melalui hartanah. Namun, itu tidak bermakna prinsip-prinsip yang diterangkan tidak dapat digunakan dalam bidang-bidang lain.

Apa yang lebih penting, buku ini menerangkan pelbagai kemahiran dan ilmu yang perlu dikuasai sebelum seseorang itu mula membuat duit. Kesemua itu tidak memerlukan segulung ijazah pun bagi dikuasai. Ilmu dan kemahiran yang dikongsikan dalam buku ini kebanyakannya tidak diajar di sekolah. Tambahan pula, sesetengah kemahiran dan ilmu yang diperlukan itu pula selalunya dipandang rendah oleh mereka yang berpendidikan tinggi.

Ya, pendidikan tinggi bukan segala-galanya. Keberanian dan cara pandang yang berbeza lebih penting daripada segulung ijazah. Buku ini memang mencabar ego dan status quo. Rich Dad Poor Dad bukan untuk mereka yang selesa dalam kepompong lama.

Bagi mereka yang berani berubah dan mencuba, buku ini adalah 'batu loncatan' yang bagus untuk bermula dalam perjalanan membuat duit dan mencapai kebebasan kewangan. Buku ini juga akan membantu kita menjadi lebih peka serta bijak dalam mengendalikan kewangan peribadi kita.


BUKU KEWANGAN PERIBADI NO. 1 SEPANJANG ZAMAN

Menghapuskan mitos yang menyatakan kita perlu memiliki pendapatan tinggi untuk menjadi kaya terutama dalam dunia di mana teknologi, robot dan ekonomi global mengubah peraturan dunia

Mengajar berkenaan mengapa memperoleh dan membina aset lebih penting bagi masa depan kita berbanding gaji yang besar dan juga berkenaan manfaat cukai yang dinikmati oleh para pelabur dan pemilik bisnes

Mencabar kepercayaan bahawa rumah kita adalah aset seperti yang dipelajari oleh jutaan orang melalui pengalaman pahit mereka apabila gelembung ekonomi perumahan meletus dan kegagalan pinjaman gadai janji subprima semakin marak

Mengingatkan mengapa kita tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan sekolah bagi mengajar anak-anak kita berkenaan wang dan mengapa kemahiran hidup yang kritikal ini semakin penting pada hari ini berbanding sebelum ini.

Menerangkan hal berkenaan wang yang perlu diajar kepada anak-anak kita supaya mereka dapat bersedia menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia hari ini dan menikmati kekayaan hidup yang selayaknya

===========================

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-481-178-5
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2018
Jumlah Muka Surat: 371
Berat (Kg): 0.478
Penulis: Robert T. Kiyosaki
===========================

Penerbit:
PTS
Tahun Diterbitkan:
2021
Format:
Paperback
Saiz:
23cm x 15cm x 2cm
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
371 Muka Surat
Rak:
L117

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI