Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Resipi Pemakanan Rasulullah (L95)

Rak: L31
RM17.00
Price in points: 17 points
Weight: 0.25 kg
9789673610808
Out-of-stock
Format: Art Paper (full colour)
ISBN: 9789673610808
Tahun Terbit: 2014
Jumlah Muka Surat:58
Penerbit : Kemilau Publika
Penulis: Umi Azah

 

Meniru apa yang dimakan oleh Rasulullah Saw.

Buku ini adalah buku resipi yang dicipta untuk anda yang suka kepelbagaian pemakanan. Setiap resipi mengandungi bahan-bahan yang dimakan oleh Nabi SAW. Juga dilampirkan hadis-hadis Nabi SAW berkaitan dengan pemakanan Baginda.

Ianya mungkin juga sebahagian rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan dengan cara pemakanan. Tabiat pemakanan yang boleh juga diteladani mengikut selera anda. Amalan pemakanan Rasulullah Saw amat bertepatan dengan al-Quran, "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan"(Surah al-A'raf, ayat 31).

Namun ini adalah sunah "JIBILIYAH", yakni berdasarkan adat pemakanan zaman baginda SAW.

Makan, hari-hari manusia makan. Namun bagaimana makanan yang sesuai untuk badan. Ada manusia yang banyak makan, ada yang kurang makan.
Dari Aisyah, Bersabda Rasulullah saw kepadaku pada suatu hari: "Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?"Aisyah berkata:" Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)" Baginda bersabda "(Jika begitu) maka aku berpuasa". (HR Muslim).

Firman Allah swt, Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia. (Surah Thoha, ayat 81).

Makanlah dengan niat untuk kekuatan diri agar sempurna dalam beribadah kepada Allah swt. Buku ini terkandung resipi yang mudah serta ringkas. Resipi yang terdapat didalamnya adalah bahan yang dimakan oleh Rasulullah Saw, seperti kurma, madu, cuka, buah labu dan lain-lain lagi.

Semoga buku ini memberi manfaat dan selamat mencuba.

Penerbit:
Kemilau Publika
Muka Surat:
58 Muka Surat
Rak:
L31

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI