Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Remaja Hanya Sekali # (L4,Q4)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.21 kg
9789672458272
2 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Remaja Hanya Sekali 

ISBN: 9789672458272

Penerbit: Rimbunan Publishing House Sdn Bhd

Penulis: Ruzain Syukur Mansor

Tahun Terbitan: 2021

Muka Surat: 195

Halaman: Berwarna

Format: Softcover

Berat (kg): 0.21 kg

Dimensi (cm): 19.2 cm x 12.8 cm x 1.2 cm

 

SINOPSIS

 

Menyedari fasa remaja adalah fasa paling kritikal sebelum seseorang itu menginjak ke alam dewasa yang penuh dengan tuntutan tanggungjawab, manuskrip Remaja Hanya Sekali digarap dengan penuh santai sebagai panduan untuk remaja bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

Antara kandungan manuskrip ini:

● Menyentuh isu cinta yang normal dalam kalangan remaja.

● Mengenal pasti antara angan-angan dan cita-cita.

● Mengendalikan dilema antara remaja, ibu bapa, dan guru.

● Mendapatkan ketenangan jiwa dengan cara paling mudah. Antara tip terbaik dalam buku ini:

● Tip menjadi sahabat yang hebat.

● Tip berteman secara bijak di alam siber.

● Tip mudah mencintai buku.

● Tip memilih mentor dan idola.

 

Remaja sering kali terperangkap dalam usaha mencari identiti. Hendak dikata kanak-kanak, bukan. Hendak dikata dewasa, pun bukan. Remaja juga adalah fasa seseorang itu mahu mencuba segalanya. Kekangan dan halangan daripada orang dewasa yang lebih dahulu 'makan garam' pula, membuatkan remaja sering memberontak dan rasa tidak difahami.

Selain mengetengahkan isu yang sering dihadapi remaja, buku ini membantu para remaja mencapai solusi bagi konflik yang sering melanda diri. Tip dan perkongsian turut dimuatkan agar dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kisah dan contoh yang ditampilkan begitu dekat dengan realiti dunia remaja, agar remaja tahu kesan dan akibat atas sesuatu perbuatan.

Panduan diberikan agar remaja mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan masa depan, serta menghargai masa yang ada kerana zaman remaja hanya datang sekali seumur hidup.

Penerbit:
Rimbunan Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Diterbitkan:
2021
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
195 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI