Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5406-44-7
Tarikh Terbit: 25 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 128
Berat (kg): 0.37
****************************
Mengisahkan Tengku Alissa yang mempunyai minat pada jenis tudung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis manik. Hinggakan ada kalanya tudung yang dipakainya itu tidak kena pada tempatnya. Manik yang berlebihan kadangkala membuatkan dayang-dayang dan abang-abang Tengku Alissa berasa rimas dengan penampilan si puteri. Tengku Alissa juga tidak boleh melihat ada individu lain yang lebih cantik tudungnya berbanding dia. Dia pasti memastikan tudung yang dipakainya itu adalah yang paling cantik. Hingga suatu hari pada majlis hari jadinya, Tengku Alissa memakai tudung yang sarat dengan manik-manik berkilauan. Akibatnya sesuatu terjadi pada majlis besar-besaran itu yang membuatkan Tengku Alissa berasa malu di hadapan orang ramai. Selepas peristiwa itu Tenku Alissa tidak lagi bermegah-megah dengan tudung yang dipakainya. Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.
ISI KANDUNGAN
Bab 1: Gila-gila Tudung Bermanik
Bab 2: Anak Itik Terlolong-lolong
Bab 3: Tupai Melompat, Petir Menyambar
Bab 4: Mutiara Laut Kaspian
Bab 5: Gadis Pengisar Tepung
Bab 6: Tengku Wani
Bab 7: Pesta Hari Jadi yang Malang
No posts found