Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Save 15%

Projek Bibliofil - Edisi Kemaskini 2024 (R9)

Harga Asal: RM29.00
RM24.65
ANDA JIMAT: RM4.35 (15%)
Price in points: 25 points
Weight: 0.17 kg
9786297561011
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Projek Bibliofil - Edisi Kemaskini 2024
ISBN: 9786297561011
Penerbit: Jejak Tarbiah
Penulis: Zahrah Yunos
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 161
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.170kg
Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 1cm
 
SINOPSIS
 

Buku Projek Bibliofil ditulis untuk mengajak semua orang supaya membaca dengan aktif. Antara caranya adalah dengan membuat catatan tentang buku yang dibaca. Oleh itu, buku ini didatangkan dengan jurnal membaca yang ringkas. Pembaca juga digalakkan untuk berkongsi jurnal membaca mereka di laman sosial.

Menurut Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1984, rakyat Malaysia hanya membaca dua muka surat buku sahaja setahun.

Kajian Profil Membaca oleh Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) pada tahun 2005 pula menunjukkan sedikit peningkatan kepada dua buah buku setahun.

Pada tahun 2014, Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia yang juga dijalankan oleh PNM mendapati bahawa rakyat Malaysia membaca secara purata 15 buah buku setahun. Ia satu peningkatan yang agak positif.

Adakah angka tersebut cukup memberangsangkan?
Tanyalah pada diri masing-masing.

Adakah diri kita sendiri realitinya adalah seorang yang rajin atau malas membaca buku? Meskipun statistik hanyalah angka, tidak dapat disangkal bahawa banyak membaca buku yang berkualiti adalah budaya yang memajukan bangsa.

Kesedaran masyarakat bermula dengan kesedaran di peringkat individu. Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca ialah sebuah buku yang mengajak semua individu untuk memupuk amalan membaca dengan langkah-langkah yang praktikal. “Projek” tersebut bermula dengan diri sendiri, kemudian disebarkan kebaikannya kepada masyarakat.

Ayuh, apa yang kita tunggu lagi? Mari buktikan bahawa rakyat Malaysia adalah bangsa yang membaca!

Penerbit:
Jejak Tarbiah
Tahun Diterbitkan:
2024
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
161 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI