Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan # (L5,BL5)

RM49.00
Price in points: 49 points
Weight: 0.52 kg
9789674617301
18 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: ​Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan
ISBN: 9789674617301
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Azmi Arifin, Farid Mat Zain & Zaidin Mohd Noor
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 290
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.523
Dimensi (cm): 23.5 x 16 x 1
 
SINOPSIS
 
Buku Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan menghimpunkan beberapa esei yang menyentuh tentang sejarah hubungan negeri-negeri Melayu-British-Siam, kolonialisme, nasionalisme, perjuangan politik, perkembangan yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 serta kepentingan dan kesan-kesan di sebalik perjanjian itu secara menyeluruh. Fokus buku ini adalah untuk menjelaskan tentang peranan utama yang dimainkan oleh pelbagai kelompok politik dan nasionalis, pemerintah dan rakyat, hinggalah kuasa-kuasa imperialis dalam menentukan kemaraan imperialisme serta jatuh bangunnya Negeri-negeri Melayu Utara khususnya sejak awal kurun ke-20.
 
Penyumbang bab-bab dalam buku ini merupakan ahli sejarah, penyelidik, pakar dan pengkaji yang terkenal dalam bidang masing-masing. Setiap penyumbang cuba memberikan atau meneroka suatu perspektif baharu tentang sejarah Perjanjian Bangkok 1909 yang mungkin sudah dibicarakan tetapi perlu pentafsiran semula, atau dalam isu-isu yang tidak pernah ditimbulkan atau dibincangkan oleh pengkaji sejarah sebelum ini. Pandangan mereka disokong oleh hujah-hujah dan penemuan bukti-bukti baharu yang memungkinkan sejarah Perjanjian Bangkok 1909 dapat diberi suatu tafsiran semula yang lebih kukuh dan menyeluruh. Buku ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan bagi para pelajar, pendidik, pengkaji sejarah, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami sejarah perkembangan Negeri-negeri Melayu Utara dalam hubungannya dengan British dan Siam sejak zaman awal hingga kurun ke-20.

Penerbit:
Penerbit USM
Tahun Diterbitkan:
2023

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI