Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


Perbualan Bahasa Inggeris Harian Secara Mudah (C271)

Rak: L135
RM14.00
Price in points: 14 points
Weight: 0.29 kg
9789832672647
Out-of-stock
RM100.00 more to FREE shipping
===========================
Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 9789832672647
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 250
Berat (kg): 0.286
Penulis: Daniel Zakaria
Penerbit: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
===========================
 
Sinopsis
 
Aspek perbualan bahasa Inggeris sering menghantui kita yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Hal ini kerana perbualan bahasa Inggeris memerlukan komunikasi yang spontan dan kadang-kadang perkara ini menakutkan kita kerana melibatkan komunikasi face to face atau komunikasi secara berhadapan. Hal ini amat berbeza daripada aspek komunikasi bahasa Inggeris yang lain seperti menulis, membaca dan mendengar. 

Pengajaran dan pembelajaran sesetengah subjek utama dalam bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi turut memerlukan kemahiran berbual dalam bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan baik dan selesa dengan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar lain. Jelas sekali kelemahan dalam perbualan bahasa Inggeris boleh menjejaskan proses pembelajaran anda dan juga memberikan kesan kepada perhubungan sosial anda dengan guru-guru dan kawan-kawan anda. 

Dalam kerjaya, perbualan bahasa Inggeris juga amat penting kepada anda yang sentiasa berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan, bakal pelanggan, pembekal dan juga pihak atasan. Kelemahan dalam perbualan bahasa Inggeris boleh memberikan kesan kepada komunikasi anda dengan mereka dan akhirnya menjejaskan kerjaya anda kerana tidak dapat dinafikan bahawa aspek komunikasi ialah aspek yang amat penting dalam kerjaya seseorang. Kejayaan seseorang dalam kerjayanya bukan sahaja bergantung kepada kemahiran bekerja semata-mata tetapi turut bergantung kepada kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja dan pihak atasan.

Jadi, buku ini dapat membantu anda yang ingin mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah dan pantas. Dengan buku ini juga semua orang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik!

Penerbit:
Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
250 Muka Surat
Rak:
L135

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI