Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Perang Uhud (L172)

RM24.00
Price in points: 24 points
Weight: 0.30 kg
978-983-3892-89-1
Out-of-stock

Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3892-89-1
Tarikh Terbit: 1 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 254

Berat (KG): 0.30

=============================

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/ 26 Mac 625 Masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah tiga ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir, Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud adalah seramai 700 orang sahaja.


Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.
Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.
Gunung Uhud adalah gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana di sinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga letaknya kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.
Bagi mereka yang pernah melawat Gunung Uhud, pastinya pernah melihat kedudukannya yang agak condong sedikit kerana kedudukan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud.
Diberitakan, ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah itu. Namun baginda Rasulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Oleh sebab itulah, Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI