Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Perang Salib Pertama: Jatuhnya Baitulmaqqadis (L155)

Rak: L105, Bundle: K125
RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.39 kg
978-967-408-153-9
Out-of-stock
Format: Paperback
Saiz: 5.5x8.5
ISBN-13: 978-967-408-153-9
Tarikh Terbit: 17 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 352
Berat (kg): 0.39

 

Sinopsis

Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia.

Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine.

Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis,.

Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel.

Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa.

Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib.

Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?

 

Review

Persengketaan antara agama sudah berlanjutan ribuan tahun lamanya. Peperangan yang dianggap suci bagi setiap agama ini seakan-akan tiada penghujungnya. Atas nama agama, jutaan nyawa melayang dan yang tercedera tiada terbilang angkanya. Satu peperangan yang paling panjang dan dahsyat dalam sejarah dunia adalah Perang Salib, iaitu perang antara penganut Kristian dan penganut Islam.

Kematian pemerintah kerajaan Islam Seljuk, Sultan Malik Shah menjadi permulaan kepada Perang Salib. Kematian baginda bagaikan pedang yang berkilauan lagi tajam yang membenamkan Rom Byzantine ke dalam zaman kegelapan, kini sudah patah. Kerajaan Rom Byzantine bergabung dengan negara Eropah untuk merebut kota suci Baitulmuqaddis daripada tangan umat Islam. Lambang salib merah menjadi panji-panji rasmi para tentera Kristian yang menyertai Perang Salib.

Ketua agama Kristian pada masa itu, Paus Urban II mengembara ke seluruh Eropah dan menyebarkan idea Perang Salib kepada masyarakat Eropah. Paderi-paderi lain juga turut bersama dalam usaha ini. Mereka menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan umat Islam dengan pelbagai cerita tentang kezaliman Islam yang direka-reka. Mereka meniupkan api kebencian kepada umat Islam supaya penganut Kristian bersemangat mahu menghancurkan Islam. Ratusan ribu penganut Kristian menyahut seruan perang ini.

Kerajaan Islam pada masa itu mula semakin lemah. Setiap pemerintah hanya mementingkan diri sendiri, saling bertelagah, dan tidak mahu bergabung bagi mempertahankan Baitulmuqaddis. Pertempuran tercetus berbulan-bulan lamanya, dan satu per satu kota Islam jatuh ke tangan tentera Salib. Darah merah membasahi bumi dan ribuan mayat bergelimpangan akibat kekejaman tentera Salib.

Berjayakah gerombolan tentera Salib menawan Baitulmuqqaddis dan berjayakah tentera Islam bangkit kembali untuk mempertahankan kota suci itu?

 

 

Penerbit:
PTS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
325 Muka Surat
Rak:
L105
Bundle:
K125

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI